Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan ya anak-anak.

Cerita pendek ini bakal menjadi sebahagian lipatan sejarah. Kali pertama balik pagi Isnin ke Melaka, berjaya keluar rumah jam 6:02 am. Sampai ofis jam 7:45 dengan jayanya. Kali kedua, lewat sikit. 6:15 am baru keluar. Tergopoh-gapah tapi berjaya sampai sebelum 8:00 am dengan bahagianya. Tapi kali ketiga ini, terbabas bangun 5:30 pagi dan keluar 6:30. Baru nak isi minyak dan jam 7:05 baru keluar dari tol Nilai. Dahlah tu hujan lebat pulak. Lepas tol Senawang baru hujan reda dan saya pun redha.

Tapi alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang dah lambat, saya bawak laju-laju sebab tamau thumbprint lewat lepas jam 8. Malassss nak isi tunjuk sebab bagai. (Baca : LAJU-LAJU. 140kmj. Jangan tiru aksi ini lebih-lebih lagi dilakukan seorang amatur jalanan).

Pernah dikejar anjing? Korang mesti boleh lari laju-laju panjat tembok seberang sungai la apela. Pagi Isnin tu yang malas tu saya dikejar masa. Bayangkan, 7:40 am baru masuk tol Simpang Ampat. Maka berlarilah sepantas mungkin mengejar waktu. Terasa sesaat pun berharga. Sangat. Berdoa sepanjang jalan supaya selamat dan dipermudahkan. Lari laju-laju akhirnya tak guna sebab pukul 8 menjelma juga tatkala tak sampai lagi terpacak depan thumbprint. Akhirnya pasrah. 8:03 am baru berjaya lepas pagar ofis. Nak tau keajaiban? Termengah-mengah berlari akhirnya dapat thumbprint juga jam 8. Terima kasihlah sesiapa yang set jam thumbprint tu lewat 3 minit. I owe you a lot.

Memang ini benda remeh. Cuma seronok bila berjaya lepas berusaha. Usaha bawak kereta laju-laju tapi berhemah-lepas-ni-tak-mau-buat-lagi. Skema tak skema tu lain cerita. Tapi saya percaya sangat-sangat kalau kita tak putus berdoa Tuhan akan permudahkan jalan. Walau kedengaran mustahil. Terima kasih Tuhan sebab membantu saya mengharungi pagi Isnin yang dingin dan kelam-labut. Semuanya dengan izin Allah.

Advertisements

7 responses

  1. Ya Allah, seng ati2 deh. Nyong kalau tau dah lewat, terus medang dulu. Masuk 8:30. Terus masuk kul 9 pagi,hehe. Bagi jelah alasan kat bos macam2,hehe. Kalau terkejar2 pastu lewat 8:31 memang sakit hati je,haha

    • bro Acaii, tak boleh wat camtu sebab kitorang memang thumbprint pukul 8. tang ayat last tu nyong setuju sangat2. memang sakit hati makan dalam kalau jadi camtu. haha

  2. hehe… never give up kan silla…
    aritu lewat 5 minit. skali smpi depan opis thumbprint takleh guna sbb blok A blackout.. ingt x yg kena tulis tgn nama & masa ‘cek-in’ dlm buku aritu? akupun dgn ‘jujurnya’ letak pukul kurang dr 8 pg. muahahaha… terima kasih kepada siapa2 yg black-out kan blok A pd masa itu. :p

    • wah, kak jas pon ada pengalaman camtu gak eh. lagi dahsyat. haha. naseb baik u orang ‘jujur’. ahaha. xpe2, buat cenggitu tu untuk mengurangkan kerja2 di kemudian hari kan. never give up sebab Tuhan mesti bantu orang2 dalam kesusahan macam kita2 ni. hehe

  3. Pingback: Blessing in Disguise 2 | ::i'm.writing.the.book.of.my.life::

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s