Ianya Jumaat.(semalam)

Sebab ianya Jumaat, segala-galanya menjadi indah. Jumaat yang barakah. Dihiasi kicauan burung dan hujan di pagi Jumaat semalam, ianya sangat indah. Di hari pertama umurku genap 26 semalam, ianya menjadi lebih indah kerana ianya Jumaat. Terima kasih entri ini dalam Bahasa Melayu jadi tak payah aku pening2 past tense present continuous bagai. Entri ini entri terlewat.

Ianya Jumaat semalam dan hari ini dah Sabtu. Jumaat dah melangkah pergi meninggalkan aku dengan umur baru. Syukur dipanjangkan umur. Terima kasih pada kawan2 yang wish dan belanja makan dan adik sepupu yang belanja makan. Ehh ayat berulang tu. Tolak markah. Gambar2 tak taulah bila dapat diupload masuk fb kerana aku sangat malas upload gambar lately.

Hari tu Itam tersagat membuat hati aku tersayat. Tapi lagi tersayat sedih sampai nangis sebab kawan sangat baik i kahwin dah. Sob-sob. Sentimental rupanya aku. Siap nangis-nangis walaupun cuba berlagak cOOl di situ. Hambik kau terus kena cover macam-macam alasan dan tipu daya. Okeh, Assila dah tua genap 26 1 hari arini jangan nangis-nangis cengeng bila kawan baik kau kahwin. Benda baik patut didoakan dan terus tetap berdoa supaya terkena aura seri wajah. Haha tiba-tiba merepek.

Terima kasih pada insan2 yang sambut birthday saya. Takmau sebut nama kat sini nanti anda bangga lepastu terkurang pahala. Dapat pahala tau menggembirakan hati anak piatu macam saya. Serius terkejut. Terima kasih hadiah2 advanced yang sangat disayangi itu. Akan kujaga sepertimana aku menjaga Cinggu 🙂

Tuhan, atas belas ihsanMu aku dapat menyedut udara segar hari ini.

Arwah mak yang selalu didoakan, Tuhan lebih sayangkan dirimu. Sedih tapi harus tabah.

Bapak, terima kasih sebab sudi simpankan jering untuk saya. Siap called terus dari kebun lagi. Walau saya tak berapa makan jering, harus berpura-pura heppi bila bapak bagitau pokok jering telah berbuah.

Adik-beradik, kita akan sentiasa menyokong dan menyandar antara satu sama lain. No matter what. Just do it. Nike.

Kak Gee, selamat melahirkan baby tahun depan.

Kak Syikin, selamat pergi dan pulang dari Norway.

Kak Widad, selamat menjadi usahawanita tersohor di seantero dunia.

Kak Surin, selamat menjadi pembuat kek terhandal di pelosok dunia.

Kak Lin, terima kasih selalu baik dengan saya. Banyak bantu saya meniti hidup. Eceh.

Khairun Nasihah, terima kasih belanja makan semalam.

Hamnah, selamat menjadi isteri mithali dan berdedikasi. I sedih ni. Nak nangis kat bahu siapa?

Balqis, selamat menjadi doktor yang berkhidmat sedia untuk rakyat. Oh, agak berbaur politik.

Liyana, terima kasih sudi selalu menjadi teman kenduriku.

Fadh, Janna, If, Ina, Echa dan semua2, nanti2 kita ke PD lah ye. But i prefer CH tau.

Bro Acaii, terima kasih sebab membolehkan saya prektis ngomong Jowo selalu.

Bro Rudy, terima kasih sebab blog anda banyak menyuntik semangat saya.

Terima kasih buat semua-semuanya.

Advertisements

4 responses

  1. asill..sgt terharu coz u PETIK nama i kat blog u..hehehe..anyway smoga apa yg asil impikan akan tercapai..umo dah bertambah..so pikiran pon kna bertambah..heheheh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s