2. Entri kasih tak sampai Melaka Maju 2010 20/10/2010.

Petang Rabu yang gloomy ini, saya hanya dapat buat kerja sebanyak 5% dari pagi tadi. Sungguh kureng produktif hari ini. Hah, macamlah hari-hari kelmarin tu produktif. Ceh. Entah kenapa hajat bekerja keras di ofis tetap tak menjadi. Mungkin hati ini harus bekerja lembut kot. Oleh kerana task ofis tak dapat disetelkan maka ahli mesyuarat berkeputusan mensetelkan urusan peribadi petang ini. Iaitu mensetelkan hutang nombor 2. Sila rujuk tajuk.

Secara ringkas. 20/10/2010 tu kami menuju tempat perasmian Melaka Maju dengan rasa kelaparan yang agak over. Lepas solat Maghrib dah jammed sepanjang jalan dari Durian Tunggal sampailah jalan highway. Oleh kerana rasa tak sampai-sampai walau dah lama atas jalan maka dengan sengaja kereta Span pun tukar haluan stereng ke arah Ayer Keroh padahal sepatutnya kami pusing arah Krubong. Maka berbahagialah insan2 dalam kereta tu kerana berjaya melawan arus. Kasihan orang2 yang stucked dalam traffic jam. Akhirnya, Melaka Maju tanggal jam 20:10 20/10/2010 itu disambut dalam kereta Span. Mesti Datuk Seri Mohd Ali Rustam sedih we all tak datang. Takpe-takpe, hadiah rumah tu kami kasi can kat orang lain je. Takpe.

Akhirnya kitorang sepakat mengisi perut di D’Pelican yang pelik kerana tiada orang. Barangkali semua pergi Stadium Hang Jebat. Maka berakhirlah sesi kasih tak sampai Melaka Maju malam itu dengan perut kenyang. Alhamdulillah. Memang kami berniat nak pergi cuma tak sempat sampai je. Betul. Tipu dosa kan.

Advertisements

2 responses

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s