Saya Kunci Lirik Ini

Dimulai dengan persoalan. Ala-ala Fadzilah Kamsah. Pernahkah anda terkunci?Atau dikunci? Tak kisahlah dikunci hati atau kau kunci cintaku di dalam hatimu Ramlah Ram atau terkunci mulut tak mampu berkata-kata atau terkunci dalam bilik air tak boleh keluar lalu jerit minta tolong dan bomba sampai atau lebih hebat Superman sampai lepastu kau jadi headline suratkhabar kalah Lois Lane. Baiklah. Merepek. Entri ini tak ada kena mengena dengan tajuk mahupun Pak Nil.

Ehemm. Sahabat, sesungguhnya bagi kami BERENAM yang berstatus bujang dan anggun ni, malu adalah perkataan paling tepat menggambarkan tragedi Oktober itu. Jangan ingat Awie je yang ada tragedi. Harus mengcapslockkan BERENAM di situ sebab malu tu dapatlah dibahagi enam, kuranglah tanggungan. Malu adalah sakit yang lebih sikit je dari diarrhea. Aku taulah.

Cuba cakap, apa yang lebih malu lagi memalukan kalau kau terkunci dalam bilik  bukan secara SOLO tapi secara BERENAM dan masih bujang belum kahwin? Dan tidak terlintas mencari publisiti free sebab berazam hidup sederhana dan tidak menarik perhatian. Tapi benda dah nak jadi, tetaplah menarik perhatian seisi rumah bila kami ni bukan terkunci dalam bilik sembarangan tapi BILIK PENGANTIN tau tak. Boleh fikir secara logik di situ. Ia adalah tempat larangan untuk budak-budak kecik bersukaria di dalamnya.

Okey mari rewind sama-sama. Tak maulah sebut nama. Ke nak sebut? Tragedi kat Kapar Klang tu sweet sebenarnya. Mana nak cari kawan-kawan yang semua muka selamba comel bila pak cik tu berjaya bukakkan pintu lepas usaha 10 minit. Tak boleh pecahkan pintu nanti pecah rahsia pengantin katanya. Haha. Ini gara-gara mau berposing dalam bilik pengantinlah. Dengan izin pengantin tau. Ratu sehari tu pun join sekali cuma waktu tu dia p layan tetamu. Pengantin sempoi, thumbs-up Hajjar. Ops tersebut nama.

 Sebab tak mau kantoi kami seronok bergambar kena tutup pintulah. Terlalu seronok pun bahaya sebab bila pengantin ketuk pintu kami tak boleh bukak dari dalam. Pintu problemo. Maka bermulalah episod malu itu. I macam biasa cool je. Konon. Padahal bila keluar habis kami berenam kena usik sebab dahlah terkunci, bilik pengantin pula, anak dara pula semua. Huh. Terus menyesal tak kahwin awal kalau tak mesti tak masuk list kena usik. Lepas keluar tetap maintain semua muka ayu ambik gambar dengan pengantin sporting walau diaju usikan bertalu-talu hehe. Macam artis keluar court you we all ni.

tak semua yang ada dalam gambar ni adalah mangsa kejadian -_-

Balik ramai-ramai singgah rumah Zimi ops tersebut nama lagi yang cantik macam istana Seri Menanti. Sesi membalas dendan diakhiri dengan pembelian secara tidak munasabah di AEON Bukit Tinggi sebanyak 1 pasang kasut 1 pasang sandal tak masuk akal. Oh ya,  1 cadar baru. Sebab tengah sale-lah. Kalau tak aku kedekut. Baik beli buku.

Advertisements

14 responses

  1. haha tragedi okteober….tak teringat aku yg kita lalui ni dlm bulan oktober… pk nak kuar dr bilik jer..takkan pengantin tido kat luar ..kite berenam tido kat dlm bilik..haha..
    bila org2 diluar tu nak pecah pintu pintu… sume pakat duk jauh dr pintu…ia menjadi cool sbb buka kite kes yg pertama terkunci dr dlm bilik tu…haha..jd releks jer la.. bila da selamat terus ingat nak tinggal kan rumah pengantin cepat2…lupe tujuan nak bergambar berdua dgn pengantin..haha..alkisah…

    mmg dasat ko shoping..hahaha…kagum i…hehehh..aku pun terbeli kasut…huhu

    p/s: kite bukan nama sebenar.. ^_^

    • rs kekesalan sedikit aku berada ditempat kejadian terlalu awl..bleh gak aku menjadi saksi kejadian anak2 dara terkunci di bilik larangan..haha

    • li en, banyakla kite bukan nama sebenar. memang ni pengalaman xbole lupe sepanjang hayat. dahlah x kawen lagi dah buat hal kat bilik orang. haha.

      btw, aku cuma akan shopping di waktu angin gila datang saja. masa lain, agenda shopping tiada dalam kamus hidup aku. eceh.

  2. aku rase aku yg gelabah lebey..mmg cpt gelabah..aku tgk sila cool je..dgn yan cume sengih2 x kisah pon..hmm.x pasal2 aku pun beli sandal baru..

    • min : sebenarnya semua orang gelabah kot. tapi aku pandai cover. biasa berlakon la katakan. haha. xpe2, beli sandal baru bole pakai kan buat jalan2 kenduri lagi. hehe…

  3. hak3.. yes baby..!! bukan sume di gmbr tuh yg menjadi mangsa.. tp lps baca citer ni, mesti dh bkeh agak spe..kih3.. aku mule2 punyala galak nk bergambar.. time jadik tuh, nyorok tpi katil. malu weh..!! slmt ada org cool mcm zimi ngan sila.. tp lps kua, maintain ag nk berambar.. kn??kn??kn?? ihik3..

    p/s jom buat ag nak?? haha…

    • najwa : sanggup ke nak buat lagi? i tak sanggup dah. kalau bilik sendiri xpela jugak kan. tapi memang seronok kan aktiviti luar jangkaan macamni. em, aku ngan zimi memang c00l. tapi zimi lagi superc00l 🙂

  4. ko nak wat kat umah sape lak pas ni cik war…hahhaa…umah zimi ker?
    ain byk komitmen..dia perlu dahulukan perkara yg penting…
    takpe min…beli sandel salah satu cara kurgkan rasa gelabahmu itu..hehehh

    • li en : aku setuju cadanganmu yg bernas amat tu. sebernas padi bernas. sebab rumah zimi memang cantik menarik dan indah sangat. ain banyak komitmen jadi xdapat join. dah rezeki sandal tu min yang beli. rezeki lepas balik kenduri hajjar 🙂

  5. hahaha….kalo ko nk…. bleh jer…. aku dgn rase senang hatinyer mengunci ko dlm rumah aku…. pilih je bilik kosong or bilik stor mana yg ko nak….. hehe…. yg pastinyer bukan masa aku kawen…. hehe….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s