1: Entri nombor 3

Maaflah, penceritaan haruslah dimulai dengan cerita yang berada pada nombor agak disukai. Save the best for the last. Tak tau kenapa dulu terasa aku dilahirkan untuk jadi penulis tapi ternyata bila dewasa mengkhianati cita-cita zaman kanak-kanak itu dengan kejam kerana prestasi cuma berjaya merapu dalam blog ni. Dan ternyata lebih parah bila melaburkan duit ke arah benda-benda kureng berfaedah over books. Dan paling sadis bila acapkali ke shopping complex gagal menjadikan MPH/POPULAR sebagai istana hinggap, walaupun impian masa depan(salah satu) adalah menghabiskan masa luang bersama suami berpusing-pusing dalam kedai buku. InsyaAllah. Jadi untuk tebus kesalahan memang selalu menantikan acara tahunan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Baru mukadimah. 27 Mac 2010 aku dan Fadilah Saadul Kurzi berjaya ke KLIBF kat PWTC. Sangaaaaaat ramai orang okey. Bersyukur. Suka. Seronok. Teruja. Banyak beli buku ilmiah, kurang ilmiah, langsung tak ilmiah pun ada. Misi utama adalah mencari novel-novel Nurul Syahida Kamarudin. Berjaya. Jumpa! Tawaf seharian kat situ bersama teman tersayang. Kalau ahlil-ahlil-kelab-wanita-anggun yang lain dapat join mesti lagi seronok kuasa tiga. Haha anggunkah? Jelita kot. Pasti akan jadikan acara ini acara wajib setiap kali ada. Jom join di lain tahun 🙂

Rasanya sangat berbaloi habiskan duit beli buku. Puas. WALAUPUN KAU CAPAI NOVEL DULU LEPASTU BARU NOVEL LEPASTU NOVEL JUGAK, masihlah dikira berjaya sebab sekurang-kurangnya telah membeli dan membuat koleksi perangkap habuk buku-buku ilmiah lebih dari 5 buah.

sebahagian koleksi yang diangkut datang Melaka Maju

Sebahagian besar dibeli masa KLIBF 2010. Setiap buku ada cerita sendiri. Yang sebelah kanan sekali tu ekceli hadiah untuk bapak tapi lepas seminggu bagi aku buruk siku mintak balik. Impian sekarang nak beli trilogi novel Andrea Hirata. Dari Laskar Pelangi sampai Edensor. Yang ada ni novel pinjam dari perpustakaan Olak Lempit. Oh sungguh rindu nak lepak sana. Agak kolot di situ kerana menyatakan mau lepak dalam library. Walaupun azam nak beli trilogi ni masa dapat gaji first selepas berkhidmat dengan encik gavermen, ternyata angan-angan palsu kerana sampai dekat 2 tahun aku kerja masih tak beli. Yang ada? Maryamah Karpov saja. Sungguh kedekut. Tunggu kot-kot dapat hadiah hari lahir 12.11 ni. HAHA. Sila alert. Tak. Gurau je. Taulah hamba beli pakai duit titik peluh keringat sendiri nanti.

Okeh sekian saja Laporan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang lepas. Diharap tiada potongan harga markah di situ walau late submission. Ahli panel pertimbangkanlah usaha gigihku menaip-naip di pukul 11:19pm 28/10/10 ini. Waktu rehatku terkurang kerana gigih cemerlang menyiapkan laporan ini. Waktu rehat ulama’ hanya di syurga.*insaf*.Wassalam.

Advertisements

3 responses

  1. li en : nurul syahida kamarudin. cuba ko browse kat internet. aku suka giler novel2 dia. baca ulang2 kali pun x bosan. nak pinjam boleh tapi tunggu aku balik kampung eh 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s