Secara umum

**Tarikh entri ni ditaip = 23/10/2010. Dan baru di-upload ni ha.

Wahai diari, adinda nak mula dari mana ya. Rasa malas mau tulis tapi nanti dah tua tak ada buku rujukan bila mau cerita memori lampau kat anak-anak dan cucu. Contohnya bercerita yang kau tu tak ada jodoh dengan benda bentuk bulat-bulat kot sebab asal beli seminggu je mesti lepastu hilang, macam dental floss Oral-B dan Dalacin-T sebab rupa bentuk mereka bulat-bulat silinder macamtulah. Mesti tergolek mana entah lepastu hilang. Walau kedengaran seperti memori tak penting tapi harus dengar ya nanti anak-anak ibu cerita.

Macamnilah, cerita secara umum dulu pun okeh. Bagi ada feel dulu. Gedebak-gedebuk dan cacamerba yang jadi minggu ini wajib ditulis. Cuma sekarang otak tak berapa berfungsi sempurna. Dia dah bagi signal suruh tidur-tidur-tidur.

 Kepulangan saya yang gigih ke kampung kali ni tak berapa dinanti oleh sesiapa. Tak ada kompang mahupun permaidani merah apalagi ayam golek. Sebab tak bagitau sesiapa pun. Tau-tau dah sampai. Mesti dalam hati bapak cakap anak dara dia asyik balik kampung saja kerja. Baik tukar kerja jadi pembalik kampung. Atau pengukur jalan.

Agenda tadi dah selesai kat Alamanda. Esok ada agenda lagi. Pergi wedding Hajjar Jais kawan rapat sekolah dulu. Hish bila turn I pulak ni asyik pergi majlis orang saja =__=. Wah. Mengantuk. Kedengaran bapak sedang gigih menyembur pembunuh nyamuk degil di serata bucu rumah. Sungguh rajin dan berdedikasi. Nanti saya tulis entri khas untuk bapak. InsyaAllah. Tidur dulu.

 p/s : mana Cinggu pergi tak ada pun sambut i balik tadi. Dating ke. Curang pada i.

**masa entri ni dimuatnaik saya dah pun cerita pasal gedebak-gedebuk minggu lepas. Entri sebelum ni tulah.

Advertisements

3 responses

  1. rase seronok lak bila ad org mention nama aku dlm blog dia…al maklum lah..dr tadika sampai la da keje..aku ni low profile..xde sape sedar kewujudan aku..lps ni sebut la nama aku banyak2 lagi ye…hihihi

    • hajjar : biar low profile yang penting kita tau ramai sahabat dan keluarga yang setia sampai bila2. eceh. asyik berfalsafah pulak aku. aku suka je mention nama kengkawan dalam blog aku. seronok =) boleh sebut nama ko banyak2 lagi tapi kena bayarla. haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s