Saman Oh Saman Kenapa Kena Saman

**ini entri terlewat juga tau.

Sari berita utama. Kusangka panas hingga ke petang rupanya kena saman di tengahari. Eh bukan tengahari. Malam sebenarnya.

 14.10.2010. A lapar sebab makanan di cafe dah habis. Jadi pulang kerja segera melantak burger sosej mi segera maggi dengan sopan-santun. Si B pula baru balik dari bandar penuh lumpur untuk belajar cara orang putih cakap penuh makhraj. Maka kepenatan kedua-dua watak di waktu lepas Maghrib itu setelah B melatih A bercakap bahasa penjajah itu MONDAY WEDNESDAY TODAY. 

 Bila B menyuarakan keinginan untuk makan McD, A menyokong kuat macam orang mengantuk disorongkan bantal. Memang mengantuk pun. Tapi mau pergi gara-gara tadi di ofis rasa mengidam mau makanan McD sebab terlihat di atas meja C ada air buatan McD yang bersinar-sinar menggoda. Bertarung silat karate dengan perasaan sendiri sebab dah berazam memboikot makanan pakcik Ronald rambut merah kerinting kasut kuning tu. Dahlah tak boleh minum air gas .-___-. Ini semua gara-gara D rajin bertanya pakcik guard U*** yang kita boleh lalu situ lepas pukul 7 sampai pukul 10 rupanya sebab pelajar ada. Jadi Ayer Keroh tu taklah jauh sangat nak pergi.

 Maka bertolaklah dua orang itu meredah gelap malam yang pekat nian demi mencari sesuap McD. Di simpang keluar McD itulah segala-galanya bermula. Ianya sungguh kebetulan. Kenapalah B telefon suaminya di simpang itu. Kenapalah suaminya mintak ke CIMB di simpang itu. Kenapalah A teringat yang ada CIMB di Ayer Keroh itu. Dan kami pun membuat pusingan U di situ. Dan jeng jeng jeng bila ada pulak kereta polis suruh kami berhenti tepi jalan. Bila kami tanya apa salah kami adik polis pun cakap Kak Long buat pusingan U kat tempat salah. Eh eh eh bila masa kami jadi kakak kamu. Oh tak perasan. Tapi memang tak perasan. Ada ke? Yang menjadi masalah utama kat sini, kenapa polis tu macam sombong bongkak riak berlagak. Kami tak tau salah kami dik. Kami tak tau pun kami salah. Dan dapatlah kami sijil penghargaan berupa kertas saman buat kali pertama dalam hidup. Kerana kesalahan yang tak disengajakan. Macam kau tak sengaja terselamatkan anak raja kena culik lepastu dapat sijil penghargaan dan duit sejuta rupiah. Tapi yang ini tidakkkkkkkkkk. KAMI KENA SAMAN. Okey, secara teknikalnya B kena saman. Tapi secara realitinya kami berdualah sebab bekerjasama dalam membuat pusingan U yang bertuah itu.

 Lepas itu kami berkeputusan untuk tengok balik tempat kejadian. Dan pusing jauh2 di mana memang ada pusingan U yang dihalalkan. Rupa-rupanya memang ada papan tanda tak boleh pusing U lah kawan-kawan. Sebab kalut tadi memang tak perasan. Tapi adik polis tadi tak perlu SBRB lah kan. Heh, dahlah kami penat. Campur lagi cuak, gelabah dan keliru. Jadi ABC. Nak dijadikan cerita kami ke Balai Polis Kesang Pajak malam tu jugak. Dan mendapat ketenangan hati setelah berjumpa encik polis yang baik hati dan berhemah serta sudi menolong menceritakan saman tu perkara biasa. ”Pakcik pun kena saman jugak”, kata pakcik polis. Kan bagus kalau semua polis macamtu, sedia membantu adil lagi saksama.

 Oh, watak A tu penulis, B hausmet penulis, C kawan kat bilik exam, D rumet hausmet kat kursus speaking owang phutheh.

Advertisements

4 responses

  1. heehehhe…saya sangat suka citer nie la cik penulis…nanti bila anak saya dah pandai baca…nak suruh dia baca…betapa mama dia pegi meredah malam sebab nak makan mc’d..pastu kena saman plak tue…apapun thanks pada cik penulis…sebab rajin tulih citer nie..kredit to you…thanks gak sebab jadi housemate yg baik dah sangat berkrompomi…cik penulis pun bertuah bertuah sebab dapat housemate macam saya..sebab selalu keluarkan idea yang bijak kepada cik penulis…hehehehehheheh

    • kak gee : point yang saya hausmet yg baik lagi berkompromi dan cun serta jelita ayu tu saya suka. sila tambah lagi puji2an ye. haha.

      boleh juga bagi anak baca tapi jangan dedahkan di usia awal nanti dia kompius bahasa melayu formal dgn bahasa melayu pasar. bukan salah ibu mengandung okeh.

      tiba2 teringin makan kat mcD la pulak.

  2. Pingback: Duit oh Duit! « sil:entnur

  3. Pingback: Fulus oh Fulus « sil:entnur

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s