Dari 15 ke 22

Kan dah cakap, ingatan tentang apa yang jadi minggu lepas macam dah lenyap dari fikiran. Okeh, tengah ingat satu-satu sekarang. Jumaat lepas 15hb memang rasa stress taktau kenapa. Okeh, tipu. Tau kenapa sebenarnya sebab kerja-kerja ofis yang taklah banyak dan susah pun. Kerja-kerja mudah je, bukan pun kerja design kapal angkasa ke kapal perang ke lepastu kena present kat PM Najib. Cuma bila asyik bertangguk-tangguk nah hambek selonggok RM3. Apasal murah sangat.

 Jadi balik kampung wiken 16-17 tu taklah seronok pun sebab 24 jam asyik terlantar sedih mengalahkan panglima kalah perang. Balik pun tak semangat. Dan terbawa ke Isnin yang memang biru selalu terus jadi kelabu ayam.

Isnin 18hb. Yang sedih. Mengenangkan nasib diri di rantauan. ECEH. Paham-pahamlah walau dah selalu merantau tapi kan i tetap ada sense of belonging dengan kampungku. I kan orang kampung. (walau dengan taksub membahasakan diri ‘i’. Agak lupa daratan di situ)

Selasa 19hb. Yang pelik. Petang Selasa lepas balik kerja kami ke pasar kat Kesang Indah. Tiba-tiba membeli 2 belacan, 2 cencaluk & 2 asam jawa untuk ole-ole balik kampung. Lepas beli baru aku rasa pelik bukankah dah dekat 2 tahun duduk Melaka kenapa tiba2 nak meng-ole-olekan penduduk kampung kat Selangor pulak dengan benda2 glemer Melaka ini.-__~.

Rabu 20hb. Miting dan tak ingatlah apa yang jadi haritu. Otak Isnin ni sengal dah.

Khamis 21hb. Yang pelik kuasa dua. Kami hamba yang tekun telah ke JJ Ayer Keroh pada malam Jumaat. Oh ye, Melaka cuti la aritu. Okeh dah ingat apa jadi Rabu 20hb dan siang Khamis tu. Nantilah cerita part lain. Tak sangka hamba telah terbeli 3 persalinan baju 3 t-shirt 1 kemeja untuk keluarga juga. Oh sungguh indah membeli hampir hamba terlupa selonggok kerja yang dibawa sebagai bekalan pulang ke JB6062 itu. Maka malam itu seorang hamba Allah telah tidur jam 4.10 a.m dan bangun awal 6++a.m.

Jumaat 22hb. Pagi tu agak diri sendiri agak kelam-kabut. Haha. Macamlah biasanya tak gelabah bang. Sebab MQA datang. Hari terakhir check FPR. Tapi, all well ends well. Tuhan bantu permudahkan urusanku. Betulkah peribahasa? Hantam sajalah Labu. Jadi meraikan di waktu malam itu dengan sekali lagi membuat lawatan sambil belajar ke JJ Ayer Keroh. Kali ini heret Kak Syikin lepas semalam pergi dengan Kak Gee. Berjaya menjadikan 2 seluar dan 1 baju sebagai hak milik.

In a nutshell, minggu 15-22 Oktober adalah minggu pelik lagi memeningkan lagi pelik kuasa dua. Kawan-kawan rapat mesti tau saya ini kedekut kala beli baju etc. Bila macam2 saya beli itulah tandanya sesuatu berlaku. Sebab kerja. Well, kerja tetap kerja dan tidak perlu dihujah panjang lebar di sini. Apa lagi nak bawak masuk parlimen. Cuma impaknya pada diri sendiri. Duit melayang-layang in the air. Macam love is in the air-lah.

Eh dah nak pukul 5. Selamat tinggal Monday biru. Nak gi solat Asar lepastu macam nak gi McD. Eh, kepelikan tak habis lagi ke minggu ni?

Advertisements

7 responses

    • waalaikumsalam. tengkiu ye farah. saya juga sedang berusaha perbanyakkan zikir bila sendirian. cuma tulah, banyak pula halangannya bila nak berbuat kebaikan ni. hihi. alasan.

  1. hakhakhakkk..jgn lupe buat entry yg 20/10/2010 tu ek..tragedi bulan oktober..hehehhehe…….duit melayang in the air..ermm..ayat baru tuh!!bersedekah lebih baik dr kedekut..hakhakhakkkk..ayat apakah itu???tak taulahh!!!t g MTFF realese tension ekk..hehehe:P

    • kaklin : dah tulis dah. memang tragedi oktober betullah. haha. kite kan memang pakar cipta peribahasa bukan2. g MTFF release tension tapi balik sini tension balik apa kes ntah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s