Entri mengikut perasaan

Saya tak tahu adakah minggu yang menyedihkan ini telah berakhir atau belum. Rasanya hari ini deadline untuk perasaan ketidaktentuan ni. Doa saya telah dimakbulkan Tuhan. Tak semualah. Mimpi saya telah hampir dimakbulkanNYA. Kata penulis buku yang saya suka tu, Tuhan akan memegang mimpi-mimpi sesiapa yang percaya padaNYA. Dan Tuhan juga bukanlah boleh diramal, sebab ini bukan ramalan kaji cuaca yang boleh kau ramal hujan atau mendung atau cerah atau awan berarak ceria. Moral dari kisah sendiri, jangan sesekali putus harap pada Tuhan sebab Tuhan sentiasa di sisi kita cuma hambaNYA ini yang selalu lupa dan alpa padaNYA.

Semoga pengakhiran Jumaat yang barakah hari ini adalah pintu permulaan untuk yang baru. Amiin. Syukur tidak terhingga pada Allah. Syukur dilahirkan dengan nikmat iman dan Islam. Ya Allah, janganlah Kau pesongkan hatiku ini setelah Kau beri hidayah padaku dan umat Islam semuanya.

Lepas ini kalau empunya silentnur.wordpress ni rajin, mungkin minggu depan nak tulis entri banyak-banyak tentang apa yang jadi minggu ini. Ada yang sedih, kelakar, pening, sesak semualah. Dan publish secara laju-laju sebelum ia lenyap dari ingatan.

4 responses

  1. yezzahhhh!!!buang semua kekalutan + kestreesan…hehehheee..drive caferully k lik olak lempit..hehehe..tak dpt nak folo coz perasaan malas lg byk dr rajin..huuuuu..pasni leh lepakking umah kte lagik..hehehehe

    • kak lin : dah lama tak lepak rumah kak lin borak2 sambil makan2. aktiviti sangat sihat. haha. cara hilangkan stress paling berkesan adalah dengan balik kampung. yeehaaa!!!

Leave a reply to asyikin_nam Cancel reply