Blessing in Disguise 1

Things happen for reasons. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. PASTI. Sebab Tuhan dah janji bahawa hambaNya takkan dibebankan dengan ujian yang yang tak mampu mereka tanggung. Sebenarnya aku mampu. Yah!!!!pujuk diri bagi berbunga-bunga hati bila buat kerja. Walau hati dah tawar. Letak garam 10 guni pun takkan boleh. Sebab nanti dapat penyakit lain pulak.

Blessing in disguise. Kerana dalam duka ada suka. Macam ada kebahagiaan dalam perpisahan. Aku tak kata. Shahir AF kata. Maaflah letak tajuk orang putih. Supaya kelihatan lebih umum dan berperibahasa. Aku sangat mengantuk di kala ini. 10.58 a.m. Sampai tak dapat memproses maklumat dengan baik. Nampak sangat perlu rehat. Syukur dapat ambik waktu anjal petang ni untuk qadha semula tidurrrrr. Kenapa mengantuk? Ini kronologi cerita apa yang terjadi.

1) Sabtu 09.10.10 ada kursus pendek. Pagi yang sangat kelam kabut sebab virus jahat dah ‘makan’ folder presentation aku tapi lebih sedih sebab folder lagu-lagu best hilang gak. Rasa nak balik Banting terus masa tu. Syukur sempat redo dengan bantuan talian hayat kengkawan ofis. Dan petang 2.15pm balik kampung pertama kali sendiri dengan jayanya walaupun dihon sekali dua di tengah jalan. Berbekalkan kelajuan selamat dan berhemah 110kmj dan lagu-lagu best termasuk Maher Zain’s, dalam 1 jam 45 minit kemudian selamat sampai di tanah bertuah Olak Lempit. Aku tipu bapak cakap balik dengan Kak Syikin(maaf kak terpaksa pakai nama. hehe) padahalnya balik sorang sebab kalau bagitau bapak balik sorang nescaya beliau akan bergegas ambik di Melaka. Sungguh. Dah sampai tol Nilai baru pecah rahsia. Haha. Mintak maaf. Dan malam tertidur awal kepenatan dan terlepas acara makan sate beramai-ramai yang disponsor adik nombor 3.

2) Ahad 10.10.10 adalah hari yang penuh jadual secara tak sengaja. Ke wedding Za’im kat Klang dengan Liyana. Za’im ex-schoolmate yang dah lame gile tak jumpe. Rupenye dekat je kitorang selama ni. Die kat Hosp. Alor Gajah, aku pulak duduk kat Kesang Pajak. Lepastu teman Liyana ke Bukit Jelutong. Dapatlah sambil-sambil mengenang memori lama bersama Guthrie Landscaping zaman dulu. Lepas tu off to rumah ex-anak murid, Salman yang bakal sambung belajar kat Poli PD. Menah sekali ada. Kitorang borak-borak sampai Salman yang baik tu pun tapaukan lauk bawak balik. Selamat tak payah masak malam ni. Dan lepas tu, singgah Mujahidin sebab Menah nak pass kad kawen. Lama kat situ sambil mengenang memori-memori lama juga. Dan, singgah rumah Liyana dengan Menah konon-konon beraya padahal Syawal dah habis. Dan balik di malam hari dengan puas hati sebab banyak tempat yang pergi harini adalah tempat2 yang pernah dijejaki dalam lembaran hidup suatu masa dulu. Macam jumpa kepingan-kepingan mozek yang belum bercantum. Esok cuti. Yeayy!!

3) Isnin 11.10.10. Cuti yang sangat terisi dengan jadual tak sengaja lagi. Mau spend masa berborak dengan kawan baik yang akan balik Sabah tengahari tu. Masalahnya sekarang aku dah penat taip dan nak sambung buat kerja. Nanti next entry akan sambung cerita ni.  Cerita yang membawa rentetan apa yang terjadi harini. Episod seterusnya. Blessing in Disguise 2. Akan tiba selepas saya qadha rasa mengantuk yang keterlaluan ini.

Assalamualaikum.

Advertisements

6 responses

  1. hoho….moga tido lena…tak sabar nak bc entri baru… sian dia…hihi…jauh perjalanan luas pemandangan..kul bape ko balik dr banting? lama gak aku tunggu ko..abis nasi sepinggan..hihi

    • aku balik tengahari. bapak i kan memangla rajin menyinggah sana-sini. sebagai anak yang taat haruslah ikut. xde rezeki kite jumpa bertiga la pulak.

      • btw, li en, nantikan sambungan blessing in disguise 2. aku akan cerita detail apa yang jadi aritu. skrg masih xde mood nak bercerita sambungan dia.

  2. Pingback: Blessing in Disguise 2 | ::i'm.writing.the.book.of.my.life::

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s