Sebenarnya

Sebenarnya tengah-tengah malam ni saya nak upload entri lain tapi tak kesampaian sebab entri tu banyak gambar tapi internet berlari agak lembap dan manja di kala ini. Banyak sangat perkataan tapi kat ayat tadi tapi takpelah. Entri tu dah lama saya perap sebab minggu lepas dan minggu ni sangat sibuk tak pernah sesibuk ini tapi takpelah. Nanti bile dah ada masa saya upload cerita special tu. InsyaAllah masanya akan tiba 🙂

Sebenarnya minggu ini adalah minggu berkualiti sebab ada audit dalaman dan saya diaudit serta mengaudit serta menjadi ahlil kelab unit kualiti. Merangkap-merangkap. Macam pantun pulak ada rangkap-rangkap. Terasa ada loop dan hole dan entah apa-apa lagi pada kualiti diri sendiri di sana-sini. Saya berharap audit dalaman ini akan menjadi titik tolak serta penanda aras kepada diri sendiri dan organisasi ke arah pelaksanaan sistem kualiti MS ISO 9001:2008. Eh tiba-tiba menjadi ilmiah. Padahalnya saya tak suka pendokumentasian tapi sebab dah kerja maka buat jugalah. Saya suka benda tu jadi naturally. Spontaneously. Macam kalau orang approach saya ajak kahwin maka saya terus terima tanpa perlu merancang dengan begitu teliti dan penuh rapi. Yang penting jaga solat. Hah, yang ni off record. Out of topic.

Sebenarnya, saya ingin berterima kasih kepada siapa-siapa yang sudi membaca dan meninggalkan komen. Nanti bila sudah betul-betul free saya akan reply kembali. Terima kasih jugak pada kawan-kawan baik di dunia maya mahupun realiti yang setia menanti walaupun sudah lama saya tak tinggalkan jejak di fb atau ym.

Sebenarnya, saya saaaaaaangat rindu pada seseorang:) Isnin depan mau cuti jumpa dia. Dan lagi satu saya sanngaaaaaaaat rindu dengan mereka-mereka yang saya akan ceritakan dalam entri selepas ni.

Sebenarnya, saya bukanlah orang yang sangat berkualiti dan untuk audit ni saya tau saya ada kesalahan di sana sini. Yang penting kita sudah usaha sehabis baik. Memanglah audit ni duniawi saja tapi amanah kerja tu kan akan diaudit di akhirat kelak. Ingatan untuk diri sendiri yang selalu lupa.

Sebenarnya, saya rasa saya ada penyakit typing error sebab bila dah start menaip benda-benda tak ilmiah seperti ini akan menjadi sangaaaaaaaaaaaat panjang dan ntahapahapa padahalnya tadi rancang mau taip 3 ayat saja. Sungguh tak berkualiti.

Sebenarnya, saya sangat mengantuk tetapi masih merepek meraban tatkala jam menunjukkan sudah pukul 1:03 a.m. ini.

Sebenarnya, lagu Yuna Dan Sebenarnya tengah terngiang-ngiang dalam kepala otak ni.

Sebenarnya, selamat malam sekian terima kasih.

Advertisements

2 responses

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s