Tarikh-tarikh yang Indah

Esok raya. Tema warna keluarga kami tahun ini maroon. Maroon bukan moron atau bloody moron atau muram. Diakui memang agak muram lepas tulis entri yang sebelum ni, tapi sudahlah. Cerita sedih tutup buku sudah. Kita cerita benda seronot-seronot saja menjelang raya ni. Baju kurung baru untuk saya, tiada. Sebab tak jumpa yang berkenan.Tiba-tiba pagi tadi dapat ilham lepas tak sengaja tengok ‘Tanyalah Ustaz’ (tak sengaja tu. ish ish). Ustaz cakap raya tak semestinya pakai baju baru yang penting pakai baju terbaik. TERBAIK bagi saya adalah baju yang saya beli kat pasar Kampuchea 12 tahun dulu. Back in 1998. Baju yang kau pandang sekali terus jatuh cinta. Ha macam tulah. Godek2 baju lama terjumpa baju itu yang dulu dijahit oleh arwah emak dengan penuh kasih sayang sejati. Isk.

Selalu terkeluar tajuk. Begitulah kalau terlalu banyak idea yang mencurah-curah akhirnya jatuh ke longkang. 12.11. Saya suka dan jatuh cinta dengan tarikh ni. Benci pun tak boleh sebab saya memang dilahirkan berjodoh dengan tarikh ni. Sebab itu tarikh lahir. Tahun ni best, sebab tarikh lahir jadi begini —> 12.11.10. Menurun gitu. Ada gaya mutu keunggulan di situ. Dan tarikh tu dah disematkan kat Itam. Sampai bila2 insyaAllah.

Saya tak taulah ini karma atau dejavu atau takda kena mengena langsung dengan semua itu tapi tarikh ini memang saya suka. 1st time saya masuk dalam Itam, jam dia set 12:11. Sungguh kebetulan. Semalam saya tengok jam kat henpon pun kebetulan 12:11. Banyak lagilah yang tak saya ingat. Ha, semalam pun tarikh yang best, 8.9.10. Tarikh pertama kali servis Itam. Esok pun tarikh yang best, 10.9.10. Tarikh hari raya puasa pertama.

Sebab tu kot orang perempuan bila nak kawen suka pilih tarikh best-best. Pagi tadi tengok tivi dua Dr. Fdzilah Kamsah cakap perempuan memang suka tengok benda apa pun secara detail. Lelaki suka general saja tengok at whatsoever things. Saya suka certain detail things macam tarikh2 atau fakta2 menarik. Tapi untuk ingat kau pakai baju apa atau perhati orang tu macam mana perangai, total failure. Tak kuasa haku. Kecuali orang yang memberi erti dalam hidupkulah. Cewah. Sila khusnuszaan di situ dan doakan yang baik-baik saja.

Hari ini 9.9.10 jua tarikh yang indah sebab petang ni nak cuba masak rendang kerang dan masak lemak cili api ikan keli campur kencur. Masakan orang Jawa. KAHKAH kalau sedap nanti sayalah yang buat. Kalau tak sedap, jiran saya kot yang buat. Tak mengaku. Okeh selamat berbuka di hari terakhir bulan Ramadhan ini.

p/s 1 : sedihnya tak dapat berpuasa di awal dan akhir Ramadhan. Dah nasib badan 😦

p/s 2 : bagusnya kalau sesuatu yang seronot terjadi 12.11.10 nanti. Nak letak dalam wishlist la 🙂

p/s 3 : sampai harini saya tertanya-tanya, Sosilawati dan 3 lagi yang hilang tu di Banting, Kuala Langat ke Banting, Sabak Bernam sana? Berita Harian yang saya baca tadi tulis Banting, Hulu Selangor. Kat muka depan pulak tu. Apalah punya wartawan.

Advertisements

4 responses

  1. wahhh..dah tukar ka..cik lola kpd itam????hahhahahha..ok la..janji dlm tak itam kan..hehhehehe..ermm..date keramat tu asil..so kna ada dlm wishlist every year..hehehheheh

    • yuffa : cik lola tu sape? tak kenal tak kenal. betul, janji dalam bersih. tarikh tu dah masuk dalam wishlist a.k.a. senarai kehendak ni. nak bagi hadiah boleh sangat2 dialu2kan. ahaha.

  2. ~wah….menarik sungguh tarikh tuh…
    ~msti special sesangat trikh tu ek…
    ~karya nyer sunguh menarik…dan enak dibaca….mcm mkn choclate catbury….heheheh
    ~waiting for next story…

    • dreamer guy : of kos sangat special sebab itu tarikh lahir saya. terima kasih, tapi mcm makan coklat tu macam agak exaggerating lak. waiting for next story? dah banyak entri dah saya tulis tu. silakan komen lagi. heheh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s