Ironi

Aku tak pasti adakah ini hukum karma tetapi setiap yang berlaku ada timbal-baliknya. What you did, you get back.

Satu. Semasa aku dengan gembiranya mahu berkongsi rasa dapat terpilih ke peringkat seterusnya untuk menggapai jawatan yang menjadi pujaan hati ramai itu, dia tidak pun memberi sokongan malahan mengucapkan kata-kata yang menghiris dan menghancur lumatkan semangat yang agak berkobar-kobar ketika itu. Patutkah ayatnya ini ‘Kau tu pakailah kasut tumit tinggi make-up ubah penampilan ni comot-comot macamni tak layak dapat’ (ayat ini telah aku tapis-tapis 3 kali pemeringkatan). Aku tak pasti itu reverse psychology atau bukan, tapi terasa separuh jiwaku pergi pula mendengar. Harus patah hati kalah laki mati bini. Reverse psychology never works on me. NEVER. Dan separuh sebab aku tak pergi program itu adalah sebab ini. SEBENARNYA.

Dua. Pernah sekali kami berjumpa dan ayat-ayat dia nampak berlebih-lebih memuji anak-anak sendiri. Boleh memang boleh, tapi tak perlu kan bercampur ayat-ayat menghina orang lain. Pernah dia tanya pointer aku di Matrikulasi dulu. Bila aku bagitau terus dia cakap begini ‘Memanglah padan dapat kursus yang kau tak mintak, tak sampai 3.5. Macam anak m***, pointer dia tinggi dapatlah kursus tuttt…’. dengan gaya bermegah-megah dan pandang aku sebelah mata walaupun dia bukan lanun. Dia tak tau kisah sebenar lagipun buat apa bercerita dengan orang yang tak mau mendengar pun? sigh.Ye aku mengaku sem 1 dulu aku banyak main, tapi pointer sem 2 aku tinggilah m***. Cuma of coursela tak dapat cover CGPA. HAHA padan muka. Well, dia tak perlu pun kutuk2 aku sebab dia bukan part of the family.

Tiga. Pernah dia dengan bangganya menunjuk gambar teman wanita anaknya dan cakap begini ‘tengok budak ni walau pakai tudung tiga segi tetap tutup bahagian dada, pandai bergaya tak macam kau ni, pandai anak aku pilih’ sambil pandang aku dua-dua belah mata.

Ironinya,

Kini, anaknya yang dibanggakan dulu tidaklah dapat meletak aku dalam inferiority complex dan sakit hati yang maha besar seperti dulu. Sebab anak itu aku lihat dengan bangganya berpegang-pegang berpeluk-peluk dalam fb dengan teman wanita baru. Agak skeptikal ayat aku, tapi Tuhan kan Maha Adil. Tuhan bayar cash. Aku bukanlah baik sangat tapi aku tak sejahat itu untuk mengutuk-ngutuk orang tak tentu pasal. Kuman seberang laut boleh nampak tapi gajah depan mata tak nampak pula. Nauzubillahi min zalik.

Advertisements

8 responses

  1. asila..dlam hidup ni pe yang paling penting adalah SABAR..pekakkan telinga n just go on with ur life…takde bda yang lebih baik yang kita buat yang akan memuaskan hati semua org..that why kna pekakkan tinge n gegendangnyer sekali..hehehhee..kuatkan hati cekalkan hati ek..

    • yuffa : banyakkan SABAR, pekakkan telinga, butakan mata. a brilliant advice. kalau dia tu menyakitkan sekali hati orang2 di sekeliling kita, biarlah Tuhan yang balas nanti.

  2. wah..seriously ko pnah kena kutuk cmtu..emm,bermegah2 dahulu menyesal kemudian hari…byk dh tgk org riak2 ni dibalas Allah dgn cara-Nya yg tersendiri…Alhamdulillah,yang penting ko skang dh berjaya..jd lecturer pulak tu..besar jasa mendidik anak bangsa.ade hikmah ko kene kutuk cmtu,ko jd penyabar and lebih kuat..syabas sahabatku..sesungguh nya aku tau ko mmg seorang yg kuat..

    • janna : tengkiu my dear. aku kan memang pantang ekceli kalau ada orang macam tu. sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke longkang pulak. eh tiba-tiba. takpelah, sayang ko. hihi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s