Muhasabah diri dan peribadi sendiri

Petang Jumaat ni saya telah kembali normal. Alhamdulillah. InsyaAllah apa yang terjadi sebelum ini dijadikan PnP. (woh, pinjam ayat ustaz2 dan cikgu2 jap.). Petang ini nak kembali ke tanah tumpah darah (ini pinjam ayat patriotik sebab minggu depan 31 Ogos). Mau pulang ke kampung jadi sesiapa rindu boleh datang rumah sebab adik saya  buat bisnes kuih raya. Apalah ayat tiada kaitan. (saya masih normal wokeh). Nak buat camne, minggu lepas dah recharge bateri kat kampung tapi tak tau kenapa bila balik Melaka jadi kong. Jadi kena balik lagi ke Banting. HAHA. Alasan belaka itu.

Mahu muhasabah diri dan peribadi petang ni. Jadi, secara eksklusif saya akan pastekan di sini resolusi Tahun Baru yang saya buat awal Januari dulu. Siap hantar masuk pertandingan lepas tu menang tempat pertama lagi. Tapi sekarang ni, hadiah dah lama habis, tapi azam tetap tak bercambah. Masih di takuk lama.

Bukan mau brag atau berlagak malu lagi ada nak letak kat sini, tapi sesungguhnya ketahuilah sekiranya korang iaitu kawan2 saya baca azam ini, sila tegur dan ingatkan andai saya lupa 😦 Saya manusia yang khilaf dan selalu lupa. Lagipun, nak tunaikan permintaan kawan2 yang nak baca karangan saya ni ha. Lama sungguh baru nak upload eh. Nak kena rotan. Tehee.

“Tahun baru 2010 ini, saya sungguh-sungguh berazam dengan sepenuh hati untuk menjadi lebih taat dan khusyuk menunaikan perintah Allah dan tidak sekali-kali akan melebihkan aspek kerjaya, sosial atau hiburan berbanding tanggungjawab saya kepada Sang Pencipta. Cara untuk mencapainya, saya mesti menjaga solat di awal waktu, banyakkan membaca dan menghayati Al-Qur’an dan sentiasa menjaga hubungan saya dengan Allah, manusia dan diri sendiri. Ini kerana saya yakin, dengan menjaga hubungan dengan Pencipta, secara automatik saya akan menjadi insan yang lebih baik dan berintegriti terhadap diri dan kerjaya. Itu asasnya, dan saya harus berusaha menjaganya.

Selain itu, saya tidak akan menangguhkan kerja-kerja dan menjadi lebih telus dan amanah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab terhadap diri, keluarga dan kerjaya. Menjadi insan yang lebih baik dan berfikiran serta berkelakuan positif, itulah azam tahun baru 2010 saya..Amiin. Cara mencapainya? Perbaiki hubungan dengan Tuhan. Mudah saja tetapi sukar dilakukan. Saya akan berusaha ke arah itu. InsyaAllah.”

p/s : sempat lagi tak refresh azam ini untuk 4 bulan terakhir akan datang? Hari Lahir saya bulan 11. Saya sangat berharap saya dah reborn ketika itu dengan azam baru dan hidup baru. Amiiin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s