rancang-merancang

Petang Jumaat ini, adalah Jumaat yang jammed. Ye aku tahu waktu menghampiri Asar di bulan Ramadhan lagi-lagi di hari Jumaat ini adalah sangat afdhal untuk anda berkata TIDAK kepada ketidaktentuan, tapi aku seakan dilanda depresi. EMOTIONALLY UNSTABLE. Teng teng teng. Eh macam teringin main teng-teng tiba-tiba. Tak pun konda-kondi ke, batu seremban ke, batu berendam ke. Haish merepek. Ini sah-sah otak tidak stabil. 

Bukan apanya, ada beberapa kejadian dan ‘sesuatu’ yang terjadi kebelakangan ni. Yang terbaru malam tadi. Orang baru nak mula puasa tapi dah tak berjaya. Sedihnya. Udahlah terasa stress emosi, tambah pulak physically ‘tercedera’. Nenong nenong rasa sekejap. Ambulan cepat datang. Rasa nak pengsan. Doktor boleh inject saya pastu bagi mc seminggu nanti saya tak payah kerja saya suka. HAHAHA. Lepastu makin stress sebab kerja tertangguh-tangguh padahalnya kerja kan memang takkan habis.

Moleknya adalah apa yang orang putih kata ‘If you fail to plan, you plan to fail’. Aku rasa itu yang sedang terjadi pada akulah sekarang ni. Adalah dua tiga benda yang di luar kehendak aku terjadi, tapi yang aku rasa lack dalam diri adalah kurang merancang. Ha tiba-tiba teringat lagu nasyid Merancang Kerja tu. Terngiang-ngiang pulak dalam kepala. Jadi, aku kena mula merancang kerja dengan lebih sistematik teratur tersusun berseni berperancangan. Kalau kau mengeluh sampai berpeluh pun nothing’s gonna change. Tak ada apa-apa akan berubah. Wah, baca mengeluh-berpeluh itu. Ada ritma di situ. Ada keseragaman. Pitching tak lari. Seakan aku dilahirkan untuk menjadi pemuisi handalan.

Kalau kawan-kawan perasan, setiap kali diriku ini dilanda depresi aku tak akan menangis tapi akan berjalan melawat tapak macam YB ke meja kawan-kawan opis Kak Syikin Kak Surin Kak Gee Kak Lin Kak Ayu lepas tu bercerita-ceriti. Yelah korang mesti tak perasan aku ni sedang depresi masa tu sebab tu aku bagitau ni. Supaya next time aku bertandang maknanya aku sedang dilanda ketidaktentuan hati jadi kena sediakan makanan atau hadiah surprise buat aku gembira.

Tulah, kesimpulannya ya Tuan Puan ahli mesyuarat yang dihormati, setiap kali meeting tu janganlah kita berlagak pandai padahalnya KOSONG. ZERO. Buat orang mengutuk saja. Dapatlah aku simpulkan di sini, aku kena mula rancang-merancang kerja sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Sikit-sikit lama siap. Amiiiin. Doakan misi aku ni berjaya, sebab sebelum ni, biasanya hangat-hangat pastu jadi suam kuku. DOA ya, DOA. Tolong.

Fuh, entri terpanjang. Sapa boleh baca sampai habis memang kawan setia akulah. Aku kena recharge bateri dengan melakukan aktiviti balik kampung petang ni. Semoga sesuatu yang indah menanti di sana. Amiiin. Dapatkanlah SUNTIKAN SEMANGAT anda di rumah Banting. Jumpa bapak adik beradik Cinggu dan kambing itu. hahaha. Bertukar menjadi pokok! Mr. Kiwi pun boleh.

Advertisements

5 responses

    • ye dialah sape lagi. saya anda dan ramai orang lagi kot tak berkenan. peace gak;)
      best-best, kaklin memang kawan yang setia, baik hati dan pemurah (sebab selalu bagi makan best-best). TENGKIU SO MUCH for being my friend 🙂 heheh. off to tempat kaklin ni.daaa~

  1. Ujian adalah tarbiah dari Allah…….

    =) bagus ar sil, hang kan selalu ja tersenyum walaupun dalam kekusutan tahap maxima…next time u buat lawatan muhibbah ke tempat i, i akan cuba berikan layanan class istana tuk u yer…insyaAllah…

    ooooh Mr Kiwi yang dah jadik rupa Mr Penyet…hehehe……

  2. kaksyikin : ye kan, ujian itu tarbiah dari Allah. untuk menghapus dosa-dosa kecil kita. senyum itu sedekah tapi jangan senyum lebih2 nanti orang ingat lain pulak. HAHA.

    kaksurin : sekarang dah normal ALHAMDULILLAH:). biasala pompuan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s