One Fine Day

Tajuk di atas takda kena mengena dengan cerita selanjutnya. 1 Ramadhan ni agak berbeza dengan 1 Ramadhan tahun lepas-lepas.  Saya beraktiviti keluar dari rumah seawal pukul 7.30pagi, walaupun di hari cuti. Dapat tangkap maksudnya? Bagus, anak-anak murid cikgu memang pandai. Meh cikgu bagi A+ dengan bintang-bintang bergemerlapan di malam hari. (heh, perasan jadi cikgu pulak di sini). Kiranya, hari ini hari yang menyihatkanlah, walaupun tidak perfect kerana tidak bercepat. Apebendesayamerepekni.silapahampahamsendiriya.

Petang ni kami ehh silap, Kak Widad akan masak sup sotong, ikan kerisi goreng & siput sedut masak lemak untuk buka. Saya akan bertindak sebagai esisten tukang rasa. Dan mengambik aura Kak Widad sebagai tukang masak profesional. Sementara tunggu waktu masak-masak tiba, saya mengomel dululah kat sini. Kalau 1 Ramadhan lepas, saya ada kat rumah kat Banting nun. Seronok, tapi tahun ni kena tunggu minggu depan untuk balik. Ada udang di sebalik mi kenapa saya balik minggu depan. Eh eh, puasa-puasa ni apa udang la, mi lah. Jeng jeng jeng. The day will come when I am ready. That one fine day...eh, ada kena mengena dengan tajuklah. Hehe.

Dulu zaman kanak-kanak, saya bukanlah baik sangat (as if sekarang ni baik. heh). Pernahlah curik-curik minum air kalau ambik wudhu’ tu. Curi makan biskut raya lah, apelah. Lepas itu, kalau kantoi, sila jangan harap dapat berbuka bersama-sama. Kena duduk kat hujung meja terkulat-kulat tengok orang berbuka sambil  kena kutuk jadi ular nanti masuk neraka sebab tak puasa. Kadang-kadang tu bila puasa saya akan usung pinggan bawak depan tivi sebab nak tengok cerita Cina tivi dua. Sekarang saya menyesal, sebab quality time dengan family adalah saaaangat berharga. Nasib baik dulu tu kadang-kadang saja.

Adik sedara tu lagilah, dia minum sesuka hati sebab ingatkan puasa boleh minum tak boleh makan saja. Eh, tak boleh sengaja korek hidung & telinga juga tau! Nanti batal!!! . i wonder ada tak orang yang buka puasa korek hidung atau kumpul air liur banyak-banyak pastu minum sebab stuck dalam komuter waktu buka?. T__T. Tak mungkinlah, sebab bulan puasa ni sungguh ramai orang yang pemurah akan share makan dengan anda ya. InsyaAllah. Kalau dah rezeki.

Lepas tu, teringat kat makcik pula. Dia nak masak untuk sahur tapi lupa petik cili. Sebab takut nak petik cili kat luar rumah 4.30 pagi tu, dia p cabut pokok cili tu sekali. Rileksla makcikku, syaitan iblis kena rantaila. Eheh, padahal kalau diri sendiri mungkin lagi teruk. Lagi, dulu saya dan arwah mak pernah bereksperimen buat biskut raya. Tak berapa jadi, jadi kami puji sesama sendiri jelah. Yang penting, seronok di situ. Oh rindunya. SANGAT-SANGAT. Aktiviti yang menarik di bulan puasa dulu-dulu adalah menonton dokumentari Harun Yahya, Signs of the Creator kat tivi 1 selepas Zohor tu. Kumpul satu keluarga tengok ramai-ramai sambil makan-makan. Eh bukanla. Kan puasa.

Panjangnya entri ni. Okeh sambung nanti. Mahu main masak-masak sekarang. Selamat berbuka di satu Ramadhan kawan-kawan:) Semoga beroleh barakah di hari pertama dan seterusnya. Amiin Ya Rabb.

Advertisements

4 responses

    • HAHA. ye ke. kalo camtu bagila cadangan nak tulis novel ape. penyiasatan ke, horror ke, cerite merapu ke. boleh? novel cintan cintun i tak pandai. nanti jadi merapu bagai.

    • oh, kalau camtu kena cerita detail la supaya penulis ini dapat merangka jalan cerita. ahakss, tak retila saya buat kisah tragis. kite tukar kisah kaklin jadi heppi nak? yezza

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s