Ramadhan Kareem semua!!!

Walaupun belum jejak Ramadhan, terasa berdebar pula jantung ni, menunggu kedatangannya. Terasa tak dapat buat sehabis baik di bulan Rejab, dan Syaaban yang dah nak berlepas ni. Ibarat terlepas komuter nak balik Nilai dan akhirnya kena tunggu dan tunggu. Bezanya, terlepas bulan-bulan ni kena tunggu cycle akan datang. Lamaaaa. Jadi, insaf cepat! Epp, jangan nakal-nakal lagi. Kau tu dah banyak terlepas peluang sebab selalu take things for granted.Lepas ni janji tak buat lagi dah. Janji Melayu ka? Haha, tak kot sebab i orang Jawa. Apsal lah pasal janji terus mengaku bukan Melayu? Isk.  

InsyaAllah, lepas ini dah tak mau lepaskan sebarang peluang. Macam masa kau beli barang-barang kat Watsons hari tu, sebab ada sale murah 15% terus grab macam-macam lepas tu pokai kena pinjam talian hayat kat Kak Gee dan Kak Syikin. Peluang tu, sale 15% juga tidak harus dilepaskan jika barang yang dibeli adalah keperluan bukan kehendak. Lepas tu, beli novel Kang Abik, Bumi Cinta kat MPH walau tujuan asal hanya melihat-lihat. Benda berfaedah tak harus dilepaskan. Priority you know, priority. Hehe. Padahal baca sekali terus jadikan tempat kumpul habuk. Okeh, pembelajaran bermanfaat di sini. Ulangi pembacaan anda setiap 3 hari sekali sekurang-kurangnya. Jika tidak, sia-sia anda menyatakan hobi tegar anda adalah MEMBACA!.

Segala kekhilafan saya, dapatlah kiranya ditebus di bulan Ramadhan nanti. Nak perbaiki diri, jadikan azam HPA suatu kenyataan. Hadiah dah habis tapi azam pun dah habis ditiup angin lalu berterbangan entah ke mana. Ya Allah, ampunkan hambaMu ini yang terlalu dhaif dan selalu lupa beramal soleh. Jadikanlah hambaMu ini insan yang lebih baik untuk diri sendiri, keluarga, agama dan bangsa. Amiin.

Ahlan wasahlan ya Ramadhan. Semoga beroleh rahmat, maghfirah & dijauhkan dari api neraka.

Selamat tinggal Syaaban. Semoga dapat bertemu di episod kehidupan yang akan datang.

Ramadhan Kareem semua! Oh ya, baca ini. Saya superfan penulisnya.

p/s : kenangan ramadhan. banyaknya MashaAllah. nanti akan diceritakan di episod akan datang. InsyaAllah.

Advertisements

12 responses

  1. selamat menyambut ramadhan cik sil.moge ramadhan tahun ni lebih baik dr tahun lepas,dan semoga kite same2 dapat menambah ‘saham’ akhirat. Semoge juge ibadah kite diterima dan diberkati Allah s.w.t~Aminnn…

    • janna, tengkiu dear:) insyaAllah, sama2 kita berusaha meng-upgrade diri. ko kena masak utk abe wahid kali ni kan. haha. oh ye, kapankah mau berbuka sama2 eh.

  2. cla…kelakar jer..ceria sepanjang masa… selamat berpuasa..

    aku pun br kenal harun yahya ni…
    kene bc nih…bleh tak ko citer pasal harun yahya…hehe…

    • hehe. selamat berpuasa jugak li en. harun yahya ni penulis & pemikir dari turki. die punye tulisan banyak berkait pasal islam dan kaitan dgn sains. aku suka gile tengok dokumentari die ‘signs of the creator’ kat tivi 1 dulu prnah tayang. nanti aku buat 1 entri khas utk ko eh pasal harun yahya ni 🙂

    • ha? novel js? jemari seni ke? sejak bila dia jadi novelis utk js. HAHA.
      xpe li en, ko beli je dvd die ada tu, keluaran saba islamic media kot.

  3. haha..penulis ni suka tulis watak2 dlm cerita tu suka bc buku pakcik hebat nih..bukan pakcik hebat tulis novel.hahaha…
    ko belikan…kira hadiah utk aku..hihihi..
    😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s