senarai suka dan tak suka

Wajiblah di sini aku senaraikan perkara berkaitan tajuk di atas. Merujuk tajuk di atas, secara tidak sengaja terkenang zaman sekolah rendah dulu. Kami ada 1 grup yang prasan glemer dipanggil FASA. Aktviti grup ni antaranya membuat kad raya dan dijual dgn harga murah, mewujudkan kumpulan nasyid dan solat berjemaah di PASTI (alhamdulillah). FASA juga disertai oleh kawan-kawan lain yang disayangi. 

Satu aktiviti wajib adalah membuat buku biodata. Nama penuh nama glemer hobi  makanan minuman kegemaran bla bla bla. Lepas tu lekatkan muka sendiri mahupun muka artis atau tokoh politik kegemaran di atas kad yang harganya 10 RM3 tu.

Eh terkeluar topik pula.

Kat sini aku dengan senang hati mencatatkan senarai suka dan tak suka aku supaya senang kawan-kawan membelanja benda yang aku sukai.

suka – tidur(biar tak makan asal jangan tak tidur) . mimpi indah(malam semalam mimpi indah sebab diselamatkan hero masa penjahat nak menjahat. like!). kerabu. brokoli. balik kampung(suka kuasa delapan belas). lagu sentimentol. pulau-pulau indah. cameron highlands. air terjun.

tak suka – mi besar. pantang ayam(pantang makan ke pantang nampak entah). membuat pilihan. Lagi apa ya. Ngantuk sudah. Akan dikemaskini kemudian lah.

Oh ya, sebelum kebobrokan idea, ingin aku kongsi bahawasanya petang tadi masa kitorang melawat Kota Fesyen Paris eh silap, MITC Ayer Keroh, sesuatu yang amazing berlaku. Kitorang lihat seorang insan yang pekak dan bisu menggunakan bahasa isyarat berkomunikasi dengan sahabatnya menggunakan video call. Faedah 3G digunakan sebaiknya. Alhamdulillah.

p/s : senarai ni untuk rujukan aku di masa depan. silalah tambah jikalau korang perasan kesukaan atau ketidaksukaan aku. syukran jazilan.

Advertisements

6 responses

  1. haha..yg tidur tu pastinye.sedari dulu aku dh sedar cik sil…hmm..lagu sentimental?cite korea /j-dorama cik sil?ke dh xminat sbb pure2 matang..ececce..hahaha

    • janna, ko memang rumet aku yg baguslah! hehe. aku ingat lagi dulu korang pedajal aku tertido mase duduk tu ha. betul2, cite korea n jepun. i like. okeh, ko memang harus berpure2 matang sbb ko dah jadi puan skrg. peace!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s