Tragedi buah mangga

Em, saya bukanlah jujur sangat. Cuma memikirkan kebarangkalian akan rasa bersalah sepanjang hayat setiap kali makan mangga, saya mengakulah. Nanti ada LCD besar tayang kat Padang Mahsyar. Kot2 ada CCTV kat dusun tu ke. 

Macam ni sebenarnya. Petang semalam saya dan Kak Widad melawat dusun kat ofis. Melawat ala2 YB turun padang. On the way nak ke pokok sendiri, ternampaklah mangga pokok Kak Lin dah besar. Pencapaian besar okeh, itu satu2nya buah antara ratusan pokok lain termasuk lalang & rumpai. Saya snap gambar mangga nak tunjuk kat Kak Lin. Excited, tangan saya gatal2 sentuh. Sipi je. Tiba2, deng! Mangga tu gugur tergolek2 jatuh. 

sebelum tragedi

selepas tragedi

 Kalau kertas, bolehlah gam balik. Ini mangga. Gelabah, saya pun tinggal mangga tu dan lari dari tempat kejadian. Kesian dia. Sudahlah jatuh, ditimpa tangga pulak. Atas nasihat pakar, petang tu saya datang ambik mangga tu semula. Takut kalau binatang buas atau semut makan (alasan tak boleh blah). 

 Apa pun, semua yang terjadi ada hikmahnya. Mungkin :  

a)      Buah tu pra-matang. Kalau tak digugurkan, nanti mencacat kat pokok.  

 b)      Mangga tu akan hanyut atau terbang dek angin. Lately, angin kuat & hujan lebat.  

 c)      Tangkai dia macam tak larat je support mangga yang berat tu. Ok lah tu saya ringankan beban dia.  

 d)     Dah takdir nak jadi tragedi petang di bulan Jun.  

 e)      Tuhan  nak uji tahap kejujuran saya & tahap kesabaran Kak Lin mendengar berita tragis ni.  

 f)       Jawapan di atas semua alasan belaka.  

 Saya pilih d).  

 Ini pokok saya. 5 tahun lagi dia berbuah nanti saya ganti mangga yang saya jatuhkan tu.   

20 mei-hidup segan mati tak mau

26 mei-tumbuh tunas setelah saya slow talk dgn dia

24 jun-semakin dewasa selepas dimotivasi

 Oh, entri ni khas untuk Kak Lin.

 

Advertisements

4 responses

  1. asil…tq la tolong tgk kan pokok akak..huhuuuu..p elok gak die jatuh n berguguran kebumi coz kengkadang buah yg cacat tu akan mencacatkan buah laen yg ada…hehehehehe..t kta tgk same2 ek..nak gak tau perkembangan terkini pokok manggaku..huuuu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s