Perjuangan demi sesuap nasi

Entri ini sangat sedih & seram. Jadi sediakan tisu di sisi sebelum terlambat.

Di tanah Kesang Pajak segalanya bermula & berakhir. Perjuangan ini bukan mudah. Ianya menuntut kemerdekaan. Merdeka dari penyakit malas. Demi sesuap nasi untuk kami bertiga, Kak Gee membulatkan tekad meminjam sang Modenas dari Kak Ana jiran tersayang. Kak Syikin dengan rela hati membawa sang penulis yang selekeh bertudung hijau taik lembu, berbaju kurung, berseluar track biru dan bersweater coklat menunggang sang Modenas. Kak Jas yang baik hati meminjamkan sang Kancil oren untuk kami mencapai cita2 demi sebuah perjuangan.

Di rembang2 senja itu, kami kehampaan dek Encik Desaku. Perjuangan diteruskan dibantu jiran Satu Malaysia yang muhibbah Encik Cina (& anak2nya yang nakal). Begitu susahnya berjuang hingga terpaksa melalui lorong kegelapan di pintu belakang. Dan kehampaan. Sedih. Sifat mengambil berat gaya 1 Malaysia ditonjolkan apabila kami mendapat nasihat free oleh Encik Cina.

Dengan menunggang sang Kancil, perjalanan diteruskan dengan harapan akan berakhir di destinasi ketiga. Kami tiba di rumah agam kat selekoh Kesang itu. Tak percaya telah menjejakkan kaki di banglo yang tersergam indah itu. Maghrib semakin larut. Bunyi sahut-sahutan. Bau2an menusuk ke hidung. Saspen. Oh, bau durian rupanya. Mana tuan rumahnya? Dan, dialog ini berjaya menamatkan perjuangan kami “Sini ada jual tong gas ka?”. Jawapan positif. Ada. Mission accomplished!!!

wahai tong gas. kalaulah kau tahu betapa desperate-nya kami mencarimu.

p/s : Sang penulis sempat beramah tamah dengan tuan rumah banglo. Perlukan tong gas, minyak atau arang? dapatkan segera di situ. Ini iklan percuma tak dapat apa pun kecuali diskaun tong gas 50 sen. Tq sang Kancil membawa muatan berat semalam 🙂

Advertisements

6 responses

    • geehusni : sinonim tang mane tu..oh,tong gas byk berjasa kat semua org. mknenye kite pun sgt brjasa kat semua orang la kan?

      yuffa : tulah realiti hidup. “hargai dia”-ayat xboleh blah. haha

      asyikinnam : betul. uncle tu sangat prihatin. sbnrnye dia nak marah ke nak nasihat ke nak tegur ntah. konpius penggunaan gaya bahasa dia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s