Cacamerba

Dalam hidup ni, ada satu rasa yang dikenali sebagai ’cacamerba’. Aku rasa dalam Kamus Dewan takde maksud perkataan ni. Cuba double check kalau rajin. Cacamerba ni takde kena mengena dengan bubur caca campur herba lepas tu tertukar ’h’ dengan ’m’ maka jadilah ’cacamerba’. Lagilah takde kaitan langsung dengan cerita apa entah kat ASTRO saluran 131.

Feeling ni selalu diklasifikasikan 18AA. 18 mewakili usia 18. AA-And Above. Usia 18 ke atas yang tak fokus selalu akan rasa cacamerba dari segi kewangan, emosi dan mental. Bukan gila, mungkin banyak sangat fikir. Atau cacamerba tahap tertinggi, bila otak tak dapat berfikir langsung – blur, KOSONG, zero, goose eggs–, NADA— Jadi, cara paling efektif menghandle rasa cacamerba adalah dengan merancang kewangan anda dalam 1 buku khas, fokus prioriti & kurangkan balik kampung selalu. Jangan lupa DOA moga dipermudahkanNYA.

Aku mungkin terkategori manusia cacamerba normal sebab aku tidak perfect. Dulu aku tidak begini. Cewaah. Meh aku share cerita zaman umur aku 14 tahun. Aku ada 1 buku khas untuk tulis semua perbelanjaan, hatta untuk gula-gula 5 sen pun aku rasa bahagia untuk catatkan. Buku yang sama aku catat tarikh-tarikh penting untuk aku dan kesayangan-kesayangan aku. Senarai homeworks, barang nak beli. Semua sumbat siap ada jilid 2 lagi. Itu dulu, kini tidak lagi. Haha. Malas.

Kawan-kawan, jangan malas-malas. Nanti rugi, macam anjing dengan bayang-bayang.

Aku ingat nak buat balik terapi minda yang aku selalu buat kecik-kecik dulu. Iaitu bayangkan dalam kepala aku ada 1 almari yang banyak laci. Susun maklumat berbeza dalam laci berbeza baru akan tersusun rapi. Atau bayangkan dalam kepala aku ada 1 padang bola. Ada masa serabut dengan orang tendang bola sana sini. Ada jugak masa kosong & lapang penuh kehijauan. Normal tak camtu. Okay, selamat tinggal serebrum, sereblum & medula oblongata. Dalam kepala aku aku sekarang cuma ada 1 padang yang menghijau.

Advertisements

3 responses

    • janna : u ingat lagi eh. i pun x ingat bila i buat tu. macam hangat-hangat taik ayam je. padang bola? erm, sekarang padang bola ni banyak sangat orang. serabut. heh.

  1. tp dulu2 mmg ko rajin tulih,even dlm buku nota biase je..sume brg ko tulih..respek sgt..kire ko sgt jimat…xpe..bende tu leh je bile2 nk stat semula kan?or,snang2,,bygkan laci2 jela..hehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s