Dulu aku suka mengumpul setem, sekarang?

Fraction 1 : Doa meminta setem?

Doa itu senjata orang mukmin. Itu ustaz ajar. Jadi kecik-kecik dulu sebelum tidur aku akan doa sangat panjang dalam 10 minit minta macam-macam pada Tuhan. Macam-macam ni contohnya :

1) Jauhkan setan dan iblis dari rumah dan kebun.

2) Panjangkan umur ahli keluarga & sedara mara & umat Islam sedunia.

3) Jauhkan perogol bersiri & penjahat yang suka jual organ budak kecik.

4) bla..bla..bla..

5) Bila bangun tidur akan dikurniakan sekarung setem yang sangat banyak di bawah para dapur. (ini zaman ‘my hobby is collecting stamps and shells’. Bukan main xbox atau fesbuking.)

Erm, yang no.5 tu tak pernah dimakbulkan sampai sekarang. Tuhan bukan macam weather forecast yang kita boleh ramalkan okey. Usaha, baru tawakkal.

Fraction 2 : Percayalah magis si Dhuha.

Bukan nama orang. Nama solat sunat. Siapa amalkan memang murah rezeki. Sekali sekala aku buat, memang terus dimakbulkan doa yang aku minta. Alhamdulillah. Tuhan memang bukan macam weather forecast yang boleh diramal, tapi kalau kau buat Dhuha, dijamin doa kau akan dimakbulkan serta berasa lagi best dan live life to the fullest. Macam magic. Ting!!!. Sekian, terima kasih.

Campur fraction 1 + fraction 2 : doa + dhuha = macam dapat bonus tahunan 6 bulan gaji tiap-tiap hari. Sampai mati. Sampai kubur lagi.

p/s : Sekarang aku tidak lagi suka mengumpul setem.

Advertisements

5 responses

  1. salam..
    moga sama2 muhasabah diri yer..
    yer betul..formula yg sesuai.. (doa + dhuha)..
    biasa kite dgr ungkapan = usaha + doa + tawakal = kejayaan..
    apa2 pun jgn kita jauhkn diri dr meletakkn sepenuh pengharapn kepada Allah swt..

    p/s: sedang membaca sebuah buku bertajuk ” Menyingkap Mukjizat Solat Dhuha..”

    • Menyingkap Mukjizat Solat Dhuha. Menarik bunyinya. Kalau ada rezeki mau juga beli ;). Tula, kat dalam blog ni boleh gak saya muhasabah diri yang selalu leka ni..Tu salah satu cara muhasabah diri..

  2. Assalamu’alaikum sahabat ku dunia akhirat,

    dah lama rasanya tidak mencoret di ruang ini. Terima kasih banyak-banyak (referring to your previous entry).

    Kawan, sementelah melewati 3 tahun tanpa kalian di sisi, berat terasa membebankan, ringin terasa membosankan, sesekali diri mendongak mahu melawan, tetapi kerap tertunduk kelelahan. Namun kawan, tak semua yang kita mahukan kita akan dapat, dan tidak semua yang kita tolak, mampu kita hindari. Lalu adanya DIA sentiasa memberi kekuatan. Diri ini tidak tertanggung beban, jika tidak adanya DIA.

    Kawan, kita tahu doa kalian sentiasa mengiringi, teruskan berdoa wahai kawan, kerana itu salah satu sebab kerana kita masih mampu tersenyum saat berdiri, dan tetap tersenyum perit mengisi segenap hati.

    Doakan kawan! Doakan 🙂 Dan sentiasalah tersenyum, kerana DIA ada mengiringi.

  3. Sama-sama my dear :):):)Walau kitorang tak ada di sisi, doa tetap bersama sepanjang hari. Harap kau tabah mengharungi hari-hari mendatang. TUHAN sentiasa ada bila-bila, di mana-mana.

    Senyum selalu 🙂 Laughter is the best medicine!! Erk, ye ke? Tak, doa is the best medicine!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s