Cerita-ceriti

Petang Isnin yang biru ni, ada 2 ceritera yang nak aku kongsi. Sekadar perkongsian pengalaman hidup.

Ceritera 1-Laksa, bihun dan mi ternyata berbeza.

Korang tau kan beza mi, bihun dengan laksa?. Dari zaman sekolah rendah, aku sebut bihun tu ‘laksa’, dan bihun tu ‘mi’. Tak faham? Baca dialog ni :

Kawan SRAOL : Teringinnya kite nak makan laksa..

Aku : Kite selalu makan laksa kat rumah tau. Seminggu 2 3 kali.

Kawan SRAOL : Uii, kayanya selalu makan laksa (sambil pandang atas bawah budget aku menipu la tu)

Dialog lain :

Aku : Kite suka sangat makan mi. Sangat suka..

Kawan : Habis tu kenapa tak pernah beli mi kat kantin sekolah?

Aku : Tak suka lah mi besar. Suka mi halus nipis2 aje.

Sampai aku sekolah menengah baru aku tau, ‘laksa’ aku tu orang lain panggil bihun la!! Benda yang aku panggil ‘mi’ tu, bihun sebenarnya. Selama ni, aku selalu cuba tegakkan benang basah lah. Lagi-lagi masa dialog-dialog kat atas tu berlaku. Psst..I blamed my bapak for that ;D

 

Ceritera 2 -Bagaimana SILENTNUR ditubuhkan

Aku tak minat menulis blog. Suka baca blog kawan karib aku je. Sampailah satu masa dia nak tubuhkan blog bersama, maknanya aku atau dia boleh menyumbang entri. Dan diramalkan aku penyumbang pasif.

Penat kami fikir nama, yang gabungkan kami berdua. Aku -SIL. Dia -NUR. NURSIL? No. SILLIGHT? No. (Macam silat, atau macam silly light). Last-last, dapat nama silentnur. BUKAN CAHAYA YANG SENYAP okey. Itu kebetulan. Budget sedap je.

Tiba-tiba aku jadi penyumbang entri tidak ilmiah terbanyak dalam blog ini. Maafkan aku nahwanNur. Kau masih moderator blog ni. Boleh pangkah aku di mana-mana yang tidak appropriate.

Advertisements

5 responses

  1. zue ll
    itu cerita zaman sekolah rendah la.. sekarang laksa ngan bihun tu faveret aku. (lepas tau beza, dua2 aku rasa sodap!!!)

    farah ll
    saya dah tengok. alhamdulillah kak tim kahwin dah dengan mawi lak tu. trimas sebab bagitau ;D

    cikpinguu ll
    mee yang betul2 mee akak tetap tak suka la sampai sekarang. mee yg bihun akak sukeeeeeee sangat. hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s