Senja yang meriangkan!!!

 

Gambar terbaik yang saya sukai diambil jam 5.30 petang. Credit to Aishah-okey awal-awal sudah keluar topik

Satu lagi gambar yang saya sayang. Diambil selepas gambar yang atas. jam 5.37 pm. Credit to diri sendiri sebab ambik gambar. haha

Yeah!!! Saya memang menang!!!!!(tanda seruan ditaip banyak kali untuk menunjukkan keterujaan). Petang tadi lepas jalan-jalan di Alamanda dengan geng OL (suka-suka letak nama) saya bukak internet. Saja taip nama penuh sendiri dekat Encik Gugel lepas itu hit the search button. (Jangan tiru hobi kitorang ni kecuali korang perasan artis).

Wah, ada satu laman web ni dengan nama penuh saya tertulis sebagai pemenang! Pemenang wehh..untuk pertandingan online yang tajuk dia lebih kurang camni: apa azam korang untuk tahun 2010. Tak boleh cerita detail nanti korang tau lepas itu search kat Encik Gugel nanti saya jadi glemer. Dapat hamper nilai dia RM300. Alhamdulillah.

Maka terjawablah persoalan dalam kepala kenapa Jumaat lepas orang pejabat pos telefon bagitau nak hantar parcel untuk saya dari Terengganu. Ingatkan secret admirer kat Pulau Duyong bagi keropok lekor (perasan ada secret admirer tak tahan. Haha). Sekarang, hadiah tu masih kat pejabat pos Jasin. Jadi saya tak tahu apa isi kejadah dalam tu sebab masa diorang telefon, saya ada bengkel. Lepas itu, terus balik Selangor. Tak sempat ambil hadiah tu. Nanti balik Melaka saya ambillah. Snap gambar dan letak kat blog.

Kalau ingat balik ‘esei’ pendek yang saya tulis untuk pertandingan tu, malu sebabnya banyak belum tercapai. Dalam masa 7 minit saya tulis. Takde mind map, terus taip. Alhamdulillah, out of 356 penyertaan, saya menang! Macam main prize je. Hah perasan.

Rasanyalah, saya ada azam baru 2010 sekarang ini : Banyak masuk online contest. Activate sekarang!!!. Haha.

Okay, sudah 7.45pm. Have to go untuk duty wajib. Sudah lewat. Sudah melanggar azam 2010 yang ditulis dalam esei itu. Siapa nak jawab???

Advertisements

16 responses

  1. liyana : nak buat camne, aku sudah jadi orang melaka sekarang ni. kalau kat pos banting dah lama aku ambik ;p

    kak jas : dah cek intenet. hamper HPA kak. barang2 kesihatan rasenye. xpon makanan. cepat balik jasin??haha..lambat lagi gamaknya. hehehee

  2. sila tahniah…disebabkan hang telah membuatkan akak untuk berpikir tentang sapa yang hantaq pasrcel darik terengganu tuk hang, maka hang kena bagi sikitlah kat akak…letih otak akak pikiaq tuk hang….hahahahha….btw, tahniah sila, akak tau hang memang banyak betoi bakat terpendam dan terendam…..jangan kembang sorang2 dahlah……=)

    • terima kasih kak syikin ;D..no hal. takde masalah nak share2 hadiah sbab akak pon dah susah payah tolong pikir sapela kawan dari terengganu tu.. Amiin, doakan la ye supaya bakat terendam tu boleh ditonjolkan lepas ni. heheh

    • Waalaikumsalam. okey, sama-sama. menarik cerita2 dalam blog farah. dan tak sangka lak che khai jodoh dgn farah. memang pasangan ideal ;). nice knowing u too. ade rezeki kita jumpa bila2 ya…

  3. cla..nak baca karangan terbaik itu..hehe..sungguh hebat kalau tanpa rangka karangan pedahuluan dan isi-isi penting,penutup…mind map..wau..kamu boleh tolong saya ajar murid2 sekolah renda..hahaha

    • Bole je li en, meh bagi email. Nanti aku fwdkan. Tapi jangan gelak eh. Karangan pendek je, takde pndahuluan, ape lagi isi2 penting or penutup. Straight to the point, terus masuk isi je. Haha, go straight don’t belok-belok. Tehee

  4. Pingback: Muhasabah diri dan peribadi sendiri | ::i'm.writing.the.book.of.my.life::

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s