zuhud

Kata Hamnah : Bukan susah nak susah, bukan senang nak senang. Orang kalau biasa susah, jarang melatah. Opocot!. Tapi kalau biasa senang, sekali ditimpa susah selalu meratap. Contoh paling senang :

Contoh 1 : Dato Sri Tan Sri Segala Macam Semua Sumbat Sini a.m.n., p.j.k., s.p.m, s.p.m.v, p.m.r : millionair kat negeri Antah Berantah jatuh muflis sebab kena tipu oleh perempuan simpanan yang licik. Bila dah miskin, semua hilang. Susahnya nak survive

 Contoh Mudah 2 : Nur Amina selalu pakai mesin basuh automatik. Bila pakai semi-auto, dia rasa susah. (Ini apply kat diri penulis sendiri. Sekarang dah okeh ;p )

Contoh Mudah 3 : Dennis Oberoi selalu bawak kereta auto. Bila pakai kereta manual, dia tak boleh. (Apply kat diri penulis tak boleh, sebab dua-dua pun dia tak pandai, walau ada lesen kelas D yang hampir tamat tempoh P) 

Jadi, bila sedang berduit, berilah sedikit pada orang yang lebih susah. Supaya dapat rasa sekali kesusahan orang. Dalam setiap gaji kita tu, ada hak orang lain di dalamnya. Tak dapat nak zuhud sepenuhnya, sikit-sikit jadilah. Sikit-sikit lama-lama jadi Bukit Nenas. Ada KL Tower lagi. Selain tu, pangkat, tenaga dan idea pun boleh dikongsi sama-sama. Pat pat siku lipat, muafakat membawa berkat.

Salin dan tampal di sini dari blog En. Rudy Bluehikari dengan izin :

Dipetik dari kata-kata Imam Ibn Syihab al-Zuhri. “Kita tidak pernah lihat zuhud yang lebih hebat daripada zuhud pangkat dan gila hendak jadi ketua. Kadangkala anda boleh lihat orang zuhud dalam makan minum dan harta benda tetapi kalau dicabar kerusi keketuaannya, dia terus melenting dan bermusuh”

Sebenarnya, bila dah rasa senang, lagi payah nak memberi. Harta, pangkat mahupun tenaga. Betul tak? (Penulis angkat tangan merujuk pada diri sendiri. BETUL!!!)

Advertisements

4 responses

  1. Betul2…sangat setuju. Mungkin jika berlaku kat diri sendiri pun mintak jauh la dari sifat2 mcm tu. Benda harta, pangkat, evently pasal anak2 pun rmai yg takut nak berzuhud….

    Mohon Allah selalu melindungi hati2 kita…

  2. sgt setuju..bila ada harta lebih sedikit..tak kaya tp kira mewah la berbanding zaman sblmnye cam zaman kecik2,zaman belajo..ni bila da ade kerjaya,da pegang duit sendiri,mula2 tu seronok la sedikit alpa pun singgah di benak…terjadilah boros,tamak,leka,cuai, rasa dunia ini aku yg punya..ada duit semua leh dapat,nak itu,nak ini..sume dpt buat enjoy sakan..tp bila musibah dtg br nak sujud…alhamdulillah sbb insaf dtg bila musibah ada.. beringat la sentiasa…sharing is caring,omputih la kata..haha..sikit pun jadi drpd takde langsung..~.~sy yg suke merepek..hihi

    • zakuanhasan : setuju tentang itu. betul, semoga ALLAH melindungi hati2 kita 🙂

      liyana : macam sesi luahan perasaan je li en..hehe. betul, kekayaan tu tak akan menjamin kemurahan hati untuk memberi, dan kemiskinan bukan juge penghalang untuk berbuat kebaikan~~sharing is caring..tengkiu for the advice ;p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s