‘Ape tu’ dan BTN

Entri kali ni agak nostalgia campur serius. Cacamerba kot. Nak tau kenapa? Baca dulu lepas itu judge sendiri.

Apa perasaan anda kalau terserempak cik ular? Kalau jaraknya sangat dekat sampai sesapa yang gelabah bole ter’freeze’ tiba-tiba sebab gugup sangat. Kawan-kawan BTN group 6 kat Platih FELCRA Tebing Tinggi especially, kot-kot ade yang bace blog ni, mesti tak boleh lupa punyalah. Kirenye kalau lupe ni mesti ade something wrong dgn daya ingatan. Haha takdelah.

Termaktublah kisah satu pagi yang hening, sedang kami bersedia menerima watikah dari panglima h*** a.k.a encik fasi yang lawak, tiba-tiba hulubalang s**** dari negeri KKJS dengan rileks mendongak ke bumbung gazebo(glemer sikit, ekceli wakaf je) sambil menuding ke arah sesuatu yang beliau sangka wayar tergantung berkaler hijau sambil berkata ‘ape tu?’ dengan selamba. Diulangi ya, dengan selamba. Serentak warga gazebo lain sama mendongak dan sepantas kilat berjaya menterjemah yang itu sama sekali bukan wayar, tapi binatang comel bernama ular kurus panjang warna hijau sedang terjulur ekor dari tengah gazebo. Lebih tepat lagi, ular tu tengah terjulur atas kepala sang pencerita ni iaitu aku, dan s**.

So, bertempiaranlah kami lari keluar termasuk panglima h*** sekali (who supposed to be the hero dalam cerita ni). Memang genting gile masa tu. Hilang semua kemachoan dan keayuan masing-masing bila terkantoi lari kelam kelibut. Udahle pakai formal black and white. Alhamdulillah hulubalang f***** dari negeri PKKT menjadi hero di saat genting dan berjaya menghantar ular balik ke tempat asal.

Lepas semua reda, dan redha bahawa kami dilahirkan bukan sebagai penjinak ular, panglima h*** pun membuat ayat ni “group ni best sangat sampai ada ‘ahli’ baru nak join”. Ahaha iye ke. Tak rela ah kalau ‘ahli’ kurus kaler hijau nak join. Group ni memang best kot. Group lain pun best gak. Aku takkan lupa group 6 yang ada 2 KJ, ada KLCC, KL Tower, kereta nasional la. Lepas itu, sanggup makan 13 orang bersempit-sempit kat meja bulat tiap-tiap kali. Dan lagi muhibbah sebab ada y***** sekali. Okay jangan panggil Vegas la, Yoga la Yogurt la okay. Sempat belajar bahasa Tamil tapi dah lupa. Nanti bila jumpa boleh belajar lagi.

Amacam, nostalgic dan tragic tak? Alamak panjang sangat lak. Cerita BTN aku tulis kat entri lain la. Ter-excited lak cerita panjang sampai semua orang bosan. Dahla takde gambar. Ape-ape entah.

kurang lebih camnila ular yg nk 'join' group kami, setelah dikartunkan dari rupabentuk asal

Advertisements

2 responses

  1. saya selaku rakyat malaysia ingin menegur sikit cara penulisan saudari nie…lain kali jgan campurkan bahasa inggeris dan melayu…dah jadi bahasa rojak tau..kalo nak tulis bahasa melayu tulislah melayu semua…faham??????….saya yang menurut perintah

  2. ces kak gee..memang nak wat rojak2, supaya lebih berwarna-warni dan nampak keMalaysiaan dan keantarabangsaannye. heheh

    p/s : awat ade caption poyo ‘saya yang menurut perintah’ itu? musykil hamba..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s