Alkisah zaman dahulu.

Arakian tersebutlah kisah di mana hamba berdua tersesat di jajahan takluk sendiri. Dan tidak kesampaian hajat kami untuk bertandang menyempurnakan tugasan Sultan di Dataran Pahlawan yang indah lagi crowded. Hamba berdua iaitu aku dan Kak Gee ditugaskan mengawalselia tukang karut a.k.a mr DJ untuk persembahan dayang-dayang dan inang semasa perayaan inoREKA peringkat jajahan Tanah Melayu tempohari.

Akibat kebosanan yang amat sangat di waktu acara potong riben a.k.a perasmian, kami meloloskan diri ke tempat impian Kak Gee ke Kabenzi nun di negeri Semabok sana. Lepas itu, kami meneruskan perjalanan menunggang kuda putih bernama Nidji(camna nak eja ntah) ke Tisko. Dapatlah aku capal Batak sepasang dua, dan kami makan beradab di Rasamasjangantakrasa. Melihat bulan, kami tau sudah pukul 8 malam.
Bergegas ke negeri Banda Hilir menuju ke Istana Dataran Pahlawan(DP)….dan…sesat. Pusing-pusing kuda Nidji cari jalan. Dan, bila kami dah nampak Istana DP, ramai pula rakyat jelata menunggang kuda dan keldai jenama pelbagai nak masuk ke DP hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas. Pengawal istana turut menghalang kami masuk walau untuk bertugas. Nidji tawaf keliling DP. Okey, sudah boleh masuk..Tapi ada kesesakan parking pula. Dan jammed. Dan crowded. Kak Syikin menghantar telepati(zaman dulu takde henpon kononnya), bertanya di mana koordinat kami. Sekali lagi, tak jumpa parking.

Tika jam menghampiri 10pm, kami give-up dan blah keluar dari istana Dataran Pahlawan untuk pulang ke kampung halaman di daerah Kesang Pajak. Di luar kami terdengar sayup-sayup bunyi persembahan. Sepatutnya kami bertugas 800-1030 malam itu. Diberitakan acara berjalan lancar kerana Mr. DJ terer menjalankan tugas. Barangkali kami akan melukut di tepi gantang even if kami ada di tepi Mr. DJ…Alhamdulillah semuanya ok.

Bayangkan, kami ada di situ, di tempat parking itu, tapi tak dapat ke pentas utama menjalankan tugas yang sepatutnya. Pedih. Macam peribahasa, ingin kugapai tapi tak sampai. Ape-apelah.

Advertisements

10 responses

  1. huhuhu…ko panggil keta aku kuda putih…waaaa…ngadu ngan my hubby…apa2 pun sil..memang kelakar la time tue…sampai nak tercabut kaki aku nie sbb jem nak cari parking..nanti jgn lupa citer pasal MAS tue plak okay…

    • eksklusif la i letak keta u kuda putih, kalau i letak keldai putih lagi xsodap..rupenye time dok cari parking tu, kita bukan berdua, tapi brtiga rupenye..hahaha

  2. eesei..ok je tak pangkah pun..garis merah je perkataan yg tak cukup huruf..haha..susunan cacamerba tp membawa maksud sy terima je..takde skema nak rujuk pun..lembaga peperiksaan tak kuarkan pon..hahahaha :))

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s