Ini Kuasa Tuhan

Jumaat. Malam. Bukan Malam Jumaat. Raya ke-6. Malamnya. Terlintas di fikiran lalu segera membalas es-em-es raya kawan-kawan. Dan aku send sekali es-em-es raya itu kepada Dr. Ismail (tertekan nama dia dan terhantar). Lebih glemer dipanggil Bro Mail (okay tipu) En. Mail. Sekarang KJ salah satu department FAB UTM.

Malam tadi jam 10.29pm. En. Mail es-em-es. “Salam. Where you working now? Dr Ismail”. Aku balas pagi tadi, 5.13am.(Faham-faham sudah, malam tadi dah tidur, pagi ini baru perasan). “Wkmslm.i m working as l******* at *****, Melaka. but i m thinking to further study, to take master right now.” (Siapa suruh En. Mail es-em-es dalam bahasa omputeh. Aku terpaksalah jawab omputeh gak, walau cacamerba).

Dan 6.50am pagi tadi, En. Mail pensyarah yang dihormati itu menelefon. Bertanya macam-macam. Bercerita macam-macam. 8 orang students bawahnya sedang PhD. 4 sedang Masters. Like the good old days. En. Mail suka kongsi ilmu. Rindunya zaman perkongsian ilmu yang pelbagai itu!!. Dan, sokongan yang diberikan buat aku hampir menangis (Dah menangis pun lepas letak telefon!). Ayatnya : Bila dah nak sambung master nanti contactla saya ya!

Kenapa perlu cerita ini, kerana semalam aku baru beritahu Kak Gee (orang pertama aku bagitahu) tentang keinginan yang membuak-buak secara tiba-tiba ‘ingin sambung belajar’. Sebelum ini, tak pernah tercetus. Pagi tadi, En. Mail telefon, memberi sokongan total!. Ini bukan kebetulan, ini kuasa Tuhan Yang Maha Esa. Kita diberi petunjuk, bukan penyelesaian!

Advertisements

6 responses

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s