S.K.O.L.

Petang2 Jumaat. Ofis kosong. Minggu ni x balik kampung. Cuti raya 18-27 Oktober..Tibe2 tringat SKOL. Sekarang dah ade bangunan baru kaler orange saaangat striking! Kalah cat rumah aku si hijau Petronas.

SKOL.abbreviation utk Sek Keb Olak Lempit. Kat situ jatuh bangun aku buat kedua kalinye slps di Tadika (kat Tadika ni lagi ade kenangan tahap memalukan gile2 yg xboleh nak share).Titik. Okey, di SKOL la semua perkara2 di bawah ni terjadi. Menjadi lipatan sejarah hidup seorang aku.

1. Drjh 1-Menang pertandingan mkn kuih karipap paling lmbat habis. Kire ‘paling sopan’ la tu. Hadiah? 2 bijik gula2 je. Tapi, kemenangan tu mmg manis.

 2. Pernah ada ‘cinta pertama’? Hahaha, tu darjah 2. Baca buku cerita sama2*share baca dlm kereta*. Sekali tu, dia nyanyi sambil luahkan perasaan daa..mati2 aku xnak. Huhu, I**..kalau kau ingat lg mesti gelak xingat dunia!!      

3. Pernah kena buli? Drjh 2 aku kne buli. Dgn budak lelaki.si A dan H. Lepas jwb soalan dgn betul, kite dapat duduk kan? A tarik krusi aku, habis aku t’golek atas lantai. Dan, menjadi seorang ‘aku’, wajib nangis. Aku kan ‘ciwek’. Kes jeles la tu aku dpt jawab soalan! Padan muka cikgu marah diorang.                         

4. Kami ber3 masuk Kuiz Kesihatan, drjh 4 kot. Bertanding kat SKBC. B4 ptandingan, cikgu bagi buku baca sndiri. Atas tahap keingintahuan yg tinggi, kami tanya cikgu, apa maksud ‘t*st*s’ & sp*rm*’. Baca dari buku. Baru kami tau istilah saintifik tu! Di hari pertandingan, kami menang sijil pnyertaan. Jadilah..Well, what do u expect kalau soklan tny psl WHO, UNESCO, UNICEF? kami baru drjh 4!                           

5. Apa korang semua buat dgn sijil sek rndh korang? Aku tampal kat dinding. Pakai gam. Bile nak cabut, koyak. Tamatla riwayat a.k.a. bukti aku masuk segala pertandingan & aktiviti.            

6. Pertama kali dgr cerita hantu, kat SKOL lah! Hantu pompuan mata merah taring panjang rambut mengurai. Dlm tandas buruk belakang sekolah.Kadang2 dia lepak atas pterocarpus indicus a.k.a. pokok sena. Sampai skrg aku wajib seriau bila lalu.                 

7. Aku rabun sejak drjah 3 lagi. Byk sgt tengok tv, byk sgt baca buku cerita. Kat sekolah, aku xmau pakai spec. Malu ah. Natijahnya, aku sebut ‘Genting Sampah’ masa cikgu Hasbuna suruh baca ayat kat papan hitam.(ayat sbnr-gnting sempah). Balik kampung di LD, Paman Kacok mesti bagitau, ahaha, Datin dah balik. Sampai skrg, aku konfius, apakah kaitan cermin mata dgn datin2? Kalau rambut jambul tinggi, aku faham gak the connection.. 

8. Waktu rehat sekolah agama, aku wajib g Perpustakaan Desa Olak Lempit. Sebut je, hikayat Hang Tuah, buku Enid Blyton, kisah penyiasat Salma ke hape, Snow White, Cinderella, novel2 etc semua dalam tangan. See the hand la..haha..Kalau buku yg aku pinjam hilang, aku sanggup pakai semua duit syiling raya aku utk byr ganti rugi. Nekadnya aku.

9. Kelas bahasa jawi Sek Rendah Agama Olak Lempit. Ustazah suruh lukis buah-buahan dgn prkataan jawi dia skali. Dan aku telah lukis ‘sukun’ yg paling kecik! sebab masa tu aku xtau pun sukun tu sejenis buah. Aku ingat ‘sukun’ adalah tanda sukun tu..tanda mati. Tajwid. Huhu..dulu aku kecik2 agak bodoh2 alang. Rupenye sukun tu sjenis buah yg sedap dibuat kerepek atau digoreng. Patutla ustzh tegur apasal sukun aku lukis kecik sgt..Haish!

10. Semua orang tau aku ciwek a.k.a kuat nangis masa sekolah rendah. Kalau kena balik jalan kaki aku nangis. Kena marah,menangis, kena tinggal menangis. Tapi, semakin aku dewasa, rasanya aku menjadi semakin tabah. Especially, bila tiba ‘saat itu’, Mei 2006..

p/s : entri ini b’warna-warni melambangkan hati aku yg tgh colourful. Balik nak menelaah buku2 lama 🙂

Advertisements

16 responses

  1. haha..
    bce entry ni gelak je..
    bab hantu kepala biru tak ingat ke?tgah solat hajat kataye..de org amek wuduk nampak kepala terbang..seram..tapi tandas lme kat blakang tu memng seram giler..klu wat shooting hantu kat situ mmang sesuai lah..haha

    haah..buku 5 penyiasat n siri salma memang khatam..bce ulang2 pun tak bosan..haha

  2. liyana : yg paling ceria adlh kaler2 plangi..hehee

    akmal : kpala terbang ke? huhu..ad gak yg kate hantu tu intai2 diorg mase tgh solat hajat. main cak-cak plak..apsal ntah glemer no tnds kat SKOL tu..hahaa

  3. ajis : rumah bukan kat jalan besar..cat dalam rumah..kalo kat luar cat petronas, kang ade yg sesat nk isi mnyk kat rumah sy..hehee

    rudy : itu mmg dah jadi lagenda..dr zaman en.rudy sampaila zmn sy skolah..cikgu kasminah tu la coach netball SKBC rasenye

  4. Ooooo ciwek rupanya,hehe..samalah kita memang suka baca cerita apa2 tah masa sekolah rendah dulu..hebatlah riko, cerito jaman cilik2pun esek ingat,hehe..oh ya, SK olak lempit tu memang antara musuh SKBC,haha. Tapi SK Labohan Dagang lagi kuatlah,hehe..dulu bapak abg rudy tu, Cikgu Misnun yang ajar dan jadi coach main bola,hehe

  5. Acaii : mestila..daya ingatan kuat ni.hehe..SKLD lagi kuat ke..xboley jadik ni. tapi patutla kuat, bapak abg.rudy ka yg jd coach..

    axis706 : ow..ddk sjngkang..agak jauh tu. tp ramai lg yg keje ptrajaya tp duduk lg jauh2 kan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s