M.e.r.d.e.k.a.!

Ini adalah entri terlewat. Tarikh sebenar:31 Ogos 2009. Semalam. Telah berlalu. Tak akan kembali. Tarikh itu, sekali seumur hidup. Biar kau menangis air mata darah, atau air mata air, ia tak akan kembali. Menyesal? Jgn menyesal. Bertaubat tak apa.

Selalu kita berkata, kalau ini, kan begini; kalau itu, kan begitu. Jangan. Kalau itu mainan syaitan. Kalau terpedaya, istighfar..1 kali istighfar dapat menghapus 1 titik hitam a.k.a. black dot dlm hati. Kalau banyak dot dot dot..? Tak payah pakai clorox.betul ke spelling?.., istighfar banyak2 kalau dah ter‘kalau-kalau’. Opss..banyaknya kalau!!**berpinar mata**

Aku dan sesiapa pun, tak mau berdamping dgn syaitan laknatullah, apatah lagi menjadi ‘saudaranya’..Hakikatnya, selalu terlepas, selalu terbabas. Faham? Tak faham sudah..Tunggu entri selepas ini. InsyaAllah akan aku elaborate.Titik.

Tanggal 31 Ogos semalam, sudah 52 tahun ‘merdeka’. Kreatifnya iklan2 Petronas & TMnet  (skdr menyebut bbrp nama). Mengusik hati & mengasah minda yg serasa dah b’karat.  Aku anak pasca merdeka. Sudah suku abad menghirup udara pinjaman Tuhan. Alhamdulillah..

Selalu terfikir apa sumbangan utk diri, keluarga, bangsa, agama &…negara. Aku tak mahu hidup selesa tapi mati tanpa apa2 sumbangan. Sumbangan aku yg pertama, mari cipta sajak bertema Merdeka!!hehee..Tajuk dia..

“M”

M…

Bermacam budaya menghiasimu

Bermacam ragam mencorakkanmu

Bermacam peristiwa mewarnaimu

Ada yang melukis pelangi untukmu

Tapi ramai juga yang menconteng arang ke wajahmu.

 

M…Merdekakah kita

Andai cuma bermentaliti hamba?

Semalam ulangtahun kesekian kalinya

52 tahun sudah merdeka

Jika penjawat awam, pencen sudah di dalam minda.

 

M…Manusia selalu lupa

Dunia ini pinjaman semata

Harta & takhta mengaburi mata

Mewah atau susah ujian cuma

Jadilah pejuang…Hidupmu terbilang, matimu dikenang! Merdeka!

.wawasan2020.cemerlang, gemilang&terbilang.1M.yeay!

Advertisements

10 responses

  1. Suara merdeka
    Gegak gempita sorakan manusia
    Alam menyahut dengan gembira

    Anak bangsa
    Negara tercinta
    Kita bebas dari jajahan manusia

    Waris negara
    Jiwa terisi dengan budaya
    Pajakan idea dusta belaka

    Roh merdeka
    Bukan bebas dari naungan manusia
    Tetapi jauh dari belenggu dunia

    Dunia itu sesungguhnya, penjara bagi orang bertaqwa

    Salam Merdeka dari Belenggu Fatamorgana

  2. nahwanNur : Dunia itu sesungguhnya, penjara bagi orang bertaqwa..ye,smemangnya..

    cikpingu : da tengok..wah wah..makin comel cirah ni..kiut~kiut..

    akmal : merdeka minda yg lagi utama..haha..apsal byk sgt titik tu..

    ikhwanmuda : M mmg byk maksud. interpretation yg b’beza asalkan matlamatnya tetap sama 🙂

  3. yeah..merdeka…nenekku duk dpn tv nak tgk sambutan merdeka…org dulu2 sgt menghormati hari kemerdekaan…kagum aku..

    best la sajak mu..leh la masuk pertandingan deklamasi sajak lak..hehe

    • li n : mesti byk nenek ko citer pasai merdeka kan? best ka..haha..bole2, aku mmg nk msuk ptandingan b’sajak sbnrnya..cuma xmau enterframe sgt..hilangla ke-eksklusifan..hahaa

  4. mmg..dari cerita zaman jepun pon nenek aku citer…
    tak bosan mendengar…layan saja..kalau tak cucunya sape lagi yang boleh jd pendengar yang baik..hehe..saya syg nenek sy

    elehh malu2 kucing ke alim2 kucing..masuk je ..kalah menang adat bertanding

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s