Melayu vs Asli

Melayu vs Asli. Erti kata lain, orang Melayu vs orang Asli. Teringat aku cerita arwah mak…di satu situasi pada zaman dahulu kala sewaktu masih muda.

Pertandingan debat mulut antara arwah mak & makcik dgn orang asli yg kerja kat kebun arwah atuk..yang mana orang asli tu minat kat arwah mak, tapi biasela, bertepuk sebelah tangan..

Dan dek kerana rasa tercabar, encik OA itu pun start dialog ini :-

OA : Tau tak kami ni lebih hebat dari orang Melayu?

MC : Nape lak?

OA : Kami makan musang..

MC : Apa yg hebatnya makan musang?

OA : Maknenye kami lagi pembersih dari orang Melayu,u all makan lembu..

MC : Konpius..camne makan musang boleh jadi lagi bersih dari makan lembu?

OA : Orang asli makan musang, musang makan buah. Orang Melayu lak makan lembu, lembu makan rumput..antara buah dgn rumput, mana lagi bersih?

MC : Tergaru-garu kepala & tak dapat terima kenyataan..

…dan cerita tu telah diulang tayang sebanyak kali yang mungkin sewaktu arwah ibuku masih lagi hidup.

p/s : dialog diubah mengikut kesukahatian bahasa penulis, tetapi masih mengekalkan isi & maklumat cerita.

  

Dulu, kami suka duduk keliling arwah mak dan dgr cerita2 zaman kanak2 arwah mak yang semuanya buat kami gelak xcukup gusi. Kire aktiviti wajib la. Biasa akan start after makan malam dan diakhiri dengan sesi mengenang kehidupan zaman komunis dulu2. Kenangan pahit bagi arwah mak, dan membuatkan kami sedar, hidup zaman dulu memang dahsyat, berdepan risiko kematian sepanjang hari.

 

Zaman sekarang pulak, lain masa’elahnya, dengan mehnah tribulasi dan dunia di hujung jari,  makin sempit rasanya.

 

Sudah-sudah. Aku nak cerita tentang kisah orang asli sebenarnya. Dunia kerjaya aku suatu ketika dulu pernah membawa aku ke destinasi sekolah orang asli. Dalam tempoh dua bulan tepat aku jadi cikgu kat situ. Anak2 orang asli ni sinonim gak dgn 3M tau..jangan ingat budak2 biasa je kne apply 3M..membaca, menulis mengira. Tapi anak2 orang asli ni lagi hebat 3M diorang, main, makan, malas.

Bukan aku yang cakap, ade sorang pegawai dari PPD yang cakap.

 

M pertama, main : berdasarkan pengalaman tak tipu aku, diorang memang sakan bab main. Semua yang tahap kasar tak ingat. Boleh kejar2 dari kutub utara ke kutub selatan, melalui garisan Jadi & Sartan. Boleh patah balik dari timur ke barat. Tak penat. Stamina kuat..Aku yang letih dan perlu menyuntik tahap kesabaran & keimanan yg tinggi bile masuk kelas ajar Maths dan Bhs Melayu..sekadar info, kita akan mengajar benda yg sama berulang2 kali dan memberi soalan yang sama berulang2 kali. Perggh..sabar itu separuh daripada iman.

 

M yang kedua, makan : makan mereka memang FOC. Kerajaan tanggung. Dan itu adalah pemangkin dan penggalak mereka utk ke sekolah. Makan memang sedap2 belaka. Diorang pernah cakap, rugi tak datang sekolah cikgu..yg membuat semangat aku berkobar2 dengar, tapi sekejap je, sebelum menyedari ayat sambungan seterusnya adalah..

dapat makan free..

 

M ketiga, malas : yang ni tak dapat dinafikan lagi. Even kite2 orang Melayu pun ade penyakit M ni..ada cikgu cakap, tu sebab faktor pemakanan diorang. Kalau yang bukan Islam (majoriti bukan), makanan faveret adalah cik Bi, atau lebih glemer dipanggil cik Influenza..lagi, cik tupai, cik monyet, cik kera dsb..sedap..itu kata diorang.

 

Teringat aku kelas BM 1st yang aku masuk.

aku : Sila buat ayat dari gambar ini (aku tunjuk gambar monyet)

murid : ‘Saya suka makan monyet.’ (dgn yakin dan terus mengunci jawapan muktamad)

aku : Gelak sambil menasihati (hari 1st, contoh guru yg baik)

Dan balik pejabat, aku diberitahu kebenaran, murid2 aku xbuat lawak, tapi memang diorang makan cik mon..Tapi masyarakat orang asli kat situ dah maju. Rumah banglo pun ada. Ada yg berjaya, sampai mengajar kat sekolah tu gak. Ada ibu yg sanggup berhempas pulas hantar anak naik beskal p sekolah. So,penafian yang cuba aku buat, cerita ceriti ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi aku sbg penulis dan xdak kna mngena dgn mana2 pihak. Jadikan yg baik itu pengajaran, dan yg buruk itu sempadan…

p/s: ini adalah entri terpanjang aku setakat silentnur dirasmikan sebulan setengah dulu. kerana tahap kerajinan rasa bagai disuntik2..

Advertisements

2 responses

  1. haha…ayat ko n murid ko tu klaka.ko la xkn xtau masyarakat dorg mmg survivor..mkn je ape2..sbb tu dorg leh duk dlm utan..respek same dorg..kite sebulan x dpt kfc dh ngidam..haha

    • ait..mengidam makan kfc?
      betul3x..diorang boleh survive, knapa kite tak boleh kan..
      ekceli, mane ak tau semua tu..after incident tu baru aku tau..huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s