Selangor-Perak-KL-N9-Melaka

Pernah x anda pergi banyak sangat negeri dalam 1 hari? Aku pernah…dan detik2 bersejarah ni harus aku catat dalam blog >_<..

Ahad, 5 Julai 2009. Destinasi tujuan, Kerling, S’gor. Perjalanan kami sepatutnya bermula seawal jam 7.00pagi. Tapi setelah didrag2 oleh kemalasan terlampau, kami mula bergerak jam 9.00pagi.

Dibantu es-em-es tunjuk arah dari Ely,dan peta cinonet bapaku, ditambah dgn instinct kuat kami yg sama sekali xboleh pakai, kami akhirnya sampai ke Kerling 2jam after that. Inilah akibat bila pilot dibantu oleh co-pilot2 yg xb’pengalaman & suka tunjuk pandai. Keluar ikut arah Klang bandar Diraja, kami m’hala p KESAS  & keluar masuk ke PLUS highway. Melepasi KL, kami teruskan perjalanan & keluar di exit Tanjung Malim & tersesat barat sampai pekan Tg. Malim. Dan, menyedari hampir sesat, kami segera berpatah balik ke pangkal jalan, & made it to Kem PLKN Kerling , tempat adik bongsu yg nakal terletak. Berbukit-bukau & sgt hijau. *Gambar xsempat diupload*

Pengalaman adik bongsu yang xpernah duduk asrama memang sangat mengesankan bagi die. Kene siram 1 baldi air sebab xbangun solat berjemaah, kena lari pikul tilam pusing dewan makan depan gadis2 cun sebab xkemas katil, n macam2 lagila yg xpatut dicoretkan kat sini. Ironinya, die sorg yg kena. Skrg dah kamceng dgn tukang jirus air tu. Hahaha! Dan die cerita, skrg dah berubah, dah jadi imam solat asar, tukang baca doa, dah boleh basuh baju etc. Aku doakan angin perubahan ni akan berterusan. Amiin..InsyaAllah..

Even ramai orang cakap PLKN siri-3 ni untuk budak xmau bljr, aku yakin ni akan bawa 1 anajakan paradigma utk H, sebab sejak zaman sekolah dulu, cikgu selalu cakap, diela hero kat kelas, nakal yg amat. Suka buat lawak bangang antarabangsa, bijak tapi xmau belajar, cikgula cakap. Nak SPM, banyak main lagi, sibuk dgn futsal, sibuk dgn kawan2. Aku kakak yg baik nasihat, xmau dengar. Hopefully, ni la masa utk die berubah.. Amiin..Tuhan lebih tahu.  Ape2 pun, he deserves it.

Selesai upacara makan2, ambik2 gmbr & sesi penyampaian amanat, kami pun pulang. Dan bapak aku as usual, bekalkan RM utk die. Manja amat budak ni..Bapak aku, baik yg amat..Aku dah bagi sikit, cukupla. Bapak kate: xpe..simpan je..Dan die, dgn sengih kerang busuk, happy dapat duit. Buat beli pencuci muka katanya. Yolah tu..

Tadi, aku dah jejak Selangor-KL-Perak kan?. Skrg, balik time, kami gamble lalu pekan Rawang. Dari tol Rawang, bantai je jalan highway & akhirnya selamat tiba di tol Putrajaya..Alhamdulillah..xsesat. Singgah solat di Msjd Dengkil. Balik sekejap. Semua terbongkang kepenatan sampai Asar. Dan, lepas tu aku start packing utk balik Melaka. So, petang tu, aku dihantar ke Seremban, N9 & akhirnya sampai kat Melaka. Selandar, tempat tumpah keringat xseberapa ni (sebab duduk dlm air-cond la katakan..)heheh..

Hmm..in a day, Selangor-Perak-KL-N9-Melaka…dah aku jejak. Alhamdulillah, dapat tengok tempat orang…

Advertisements

3 responses

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s