M.A.A.F.

MAAF. Bukan senang dituturkan. Apatah lagi dengan ikhlas dari hati. Hanya ALLAH shj yg tahu sedalam mana keikhlasan ucapan maaf yg dilontarkan. Tapi kisah nan satu ini, aku yakin ucapan itu tulus dari lubuk hati.

8.13 pagi. Kami bertiga kelam-kabut, berlari-lari dari bilik hotel menuju ke lif. 8.15pagi sudah patut diam dalam bilik seminar. Seusai menapak di dalam lif yg kosong, seorang lelaki turut masuk. Macam pernah tengok..dalam hati aku. Alamak, Encik Pegawai semalam la..Kami diam membeku. Bimbang kantoi. Pandang memandang.(Dalam usaha mengcover muka yang tebal akibat agak kelewatan). Encik Pegawai yang ala-ala serius belek jam. Pandang kami.

Encik Pegawai : Nak pergi mana ni?

Kami : Pergi bawah. Tingkat 2..

Encik Pegawai : Tau tak dah pukul berapa ni?!(Baca: Intonasi sangat super serius! Rasanya lepas ni kami akan kena berdiri sampai habis seminar, macam kat sekolah dulu-dulu..)

Kami senyap. Tetap, buat tak tahu. Buat tak faham. Cepatlah sampai ke destinasi. Tak sanggup! Kami tau kami salah!

Lif terbuka, dan kami menapak dgn penuh rasa keinsafan ke bilik seminar. Ya. Tidak. Bilik itu kosong lagi. Adakah kami terawal? Atau sangat lewat. Kami pandang Encik Pegawai. Mukanya jelas hampa, sambil belek jam, dan berlalu. Yes! Kami awal walaupun jam menunjukkan sharp-sharp 8.15 pagi.

demi masa...

demi masa..sesungguhnya manusia dalam kerugian

Benar jangkaan kami, bila para peserta lain berbondong-bondong masuk, Encik Pegawai telah melecture memberi santapan pagi yg more than kenyang semua peserta pagi itu. Beliau menegur+melampiaskan ketidakpuasan hati atas sikap ketidakpunctualan kami. Insaf. Kami semua senyap. Benar seperti yg dikatanya. Tidak ada satu pun patut disangkal.

Sebelum sempat aku mengutuk dalam hati, di depan beratus-ratus manusia di dalam situ, Encik Pegawai mengutarakan ucapan MAAF, khas buat kami bertiga, yang disangkanya paling lewat, tetapi paling awal rupanya! Senang cerita, salah marah la..Sangat terharu & kembang semangkuk masa tu. Faham-fahamlah kan, tak ramai manusia yang sanggup mengakui kesilapan sendiri, apatah lagi memohon MAAF secara terbuka di depan ratusan orang bawahannya. Dan maaf itu ditujukan buat kami, yang bukan siapa-siapa ini!

Advertisements

11 responses

  1. Salam sil,

    ku lihat ada 2 pengajaran. Benar dia sungguh mulia meminta maaf walhal, apa yang dia tegur itu sebenarnya adalah benar kerana kalian memang lewat. Walau satu saat tapi ya, lewat juga 🙂 Nah jangan salah sangka, ku tak mengata kalian salah sepenuhnya.

    Menyusur diari para ilmuan islam, filosof islam, pemikir islam, ilmu itu mereka cari, datang kepada guru, datang sebelum guru. itu adalah disiplin ilmu yang islam sendiri tegaskan kepentingannya, terutama dalam aspek mendapat keberkatan.

    Semoga kita sentiasa menghargai masa, dan faham tentang menghormati sang pencurah ilmu dalam konteks yang lebih dalam.

    p/s: Ku teringat saat di halau di kelas en wan dari fakulti geoinformasi. Terloncat-loncat di luar akibat kepanasan telinga buat ku malu sendiri dan memahat rasa tak ingin mengulangi 😀 syhhh… ini boleh jadi rahsia lagi ke? hehe

    • nahwanNur : memang, tapi selalu mengulangi.. Maaf dari aku krn sering melakukan kesilapan yg sama berulang kali. Mulai dari saat ini, aku tanam azam, jadilah orang yg punctual..sabar ye sahabat, ni semua asam garam yg menambah rasa kehidupan..Jadikan yang lepas sebagai pengajaran & pedoman..
      Let’s move forward!

  2. janna : same2la..0-0 la kt ek..mcm hari raya laks~anyway, bile2 pon bole b’maaf2an. janna, tlg nyanyi lagu slmt hari raya dr eon tu..hehe

  3. dan akak tergolong dalam golongan2 yang dilecture…huhuhuhu…pastu memang tak lewat dah waktu kursus…
    kalau kita tak mau hargai masa sendiri pun, hargai dan hormatilah masa orang len…sebab kita yang lewat, kita dah menyusahkan hidup orang lain jugak….huhuhu

  4. erm…yang pastinya salah sorang dari kami bertiga itu ialah aku…apa pun mula2 aku nak marah gak ngan pegawai tue tapi x jadi sbb dia dah mintak maaf secara terbuka…yes..yes

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s