Pertolongan Tuhan datang lagi tanpa dijangka hari ini. Masa mula sampai depan hotel Isnin tu terus stress fikir camne nak balik pulak. Masa datang syukurlah ada kaklin bagi direction. Alhamdulillah selamat sampai lepas sesat sebab salah2 masuk jalan. 10minit jugak duduk dalam kereta before check-in. Tenangkan jiwa. Trimas kaklin <3. Memang yakin balik nanti susah sebab tak tau jalan lepastu Kajang sangat sesak, dan saya pemandu sangat berhemah bawak kereta macam kura-kura comel.
Tapi pertemuan secara tak sengaja dengan Tuan Haji Ahmad Saidi dari KK Kuala Langat siang tadi dalam lift memberi sinar cahaya macam mana mau balik Banting merentasi jalan Kajang yang sesak menjelang tengahari Jumaat. Dia duduk Banting rupanya. Sangat baik hati offer saya ikut. Jadi saya follow kereta dia sampai keluar Pekan Kajang yang sesak itu. Ulang suara- yang SESAK. Alhamdulillah Tuhan memberi jalan. Saya berjaya follow dengan selamat dan berjaya mencilok-cilok. Up satu level!
Lihat, bukannya satu kebetulan berada satu lift dengan Tuan Haji yang peramah tu. Padahal sepanjang seminggu berbengkel kat Oriental Crystal Hotel (harus sebut nama sebab rasanya sampai bila2 tak dapat dah kot duduk Presidential Suite yang harga **** semalam tu. haha poyo) tak pernah sekali pun terserempak dengan Tuan Haji ni. Ianya takdir. Bukan kebetulan. Bukan selalu saya peramah dengan orang. Kalau saya berat mulut tadi dah tentu Tuan Haji ni tak tau saya duduk Banting, dan mungkin sampai malam ni saya masih berlegar-legar di Pekan Kajang. Selamat tinggal Kajang, selamat datang Banting. Kita takkan tahu bila doa kita dimakbulkan sampai kita ada dalam situasi itu.
Sepanjang jalan pulang saya tersenyum dan mengucap syukur Alhamdulillah. Pertolongan tiba di saat tak terjangka. Kebahagiaan tu tak lama sebab sampai saja depan rumah, saya terlanggar batu besar. Kasihan sungguh si dia dapat tuan macam saya yang cuai ini
isk tak berjaya rupanya nak buat simbol love dalam blog. kat fb je bole <3 jadi love. hmmm…
hehhehe..mmg r takleh..lam fb tu die dah set..hehehhhe..u high light nama i..wahhhh!!riak sebentar..hehehehe..jalan kajang mmg sesak n menyesakkan..hikhikk..takpe pasneh dah teror bwk itam tuh..heheheh
kaklin : amiiin saya terer bawak keta. ingatkan simbol love tu universal bole pakai 1 intenet. kat fb je rupenye. okeh kaklin bangga2
Pingback: 10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna | sil.entnur
mmg…trafik nyer teruks…tp yg best nyer…ada sate..cesss mcm la hj samuri tak buka cwangan lain
liyana : tula pasal. pusing aku. dahla tengahari jumaat yang sesak tu pulak. sate? kat mana2 pon dah byk cawangan die. heheh
Pingback: Celebrating Failure | sil:entnur