Aku dengan penuh takzimnya ingin meluahkan masalah yang sangat mengganggu gugat ketenteraman naluri kewanitaan aku sekarang ini. Wahai Banting, mengapakah setelah aku menyayangimu sepenuh hati kau tetap menghampakanku. Mengapakah pengguna jalanmu begitu sombong tak bagi jalan kepadaku si amatur ini lantas menyebabkan aku terpaksa membrek beribu-ribu kali (ok tipu) dalam keterpaksaan.
Lagi satu, sudahlah Itam cedera terkena batu kat Melaka, kali ni kat Banting pun kena jugak sipi-sipi di cermin tepi. Hilanglah kesayanganku terhadapmu Banting. Sudahlah selamat dihon berkali-kali secara nyaring, jatuh maruah daku yang sungguh berintegriti ini (ok perasan).
TAPI. Tapi. tapi. Mengapakah walaupun aku cuba membencimu tapi diriku tetap sayang. Tapi aku benci. Sedih. Terkilan dengan manusia-manusia rakus yang menghunimu Banting (tak termasuk aku). Bila aku berjalan di pekanmu, sungguh terasa diri dipinggirkan. Mungkinkah aku patut mengangkat Melaka sebagai kesayanganku yang baru? Namun mengapa namamu tetap di hati walau kau telah menghancur lumatkan hatiku? Mungkin inilah yang dinamakan – tidak sedar diri.
Semalam, sedikit keinsafan telah berputik dalam diri, sayangilah tempat kelahiran anda, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung kerana sesungguhnya aku lebih sakit dan terluka dek jalan-jalan di Kajang ini. Sesungguhnya duduk tidur di penthouse juga tak mampu mengubati kelukaan ini. Sungguh perit lagi pedih. Banting, air dicincang takkan putus. Kecuali air itu beku dan menjadi air batu.
huhu,kesian sila.. 2 la jgk punca ida takt nk drive ke banting.. Sabar ye.. Banting tetap di hati
ida : tengkiu drop komen
maksudnya kita samalah. sebab sabarla aku tetap berkobar semangat nak balik banting ni. walau dalam hati ada luka. hihi
huhu…sedih2, xpela….mule2 mmg cmtu aku pn byk kali gak kne dulu..tu sume mematangkan kite…org2 tu sbnrnyer persan bgus…mcm la diorg bwk kete terus pndai..xsedar diri tu..yg pntg kite sabarr jerr..biar lmbt asal kan selamat… okeh, senyum selalu
alahai siannyer…..sedeh2..sabar la sila..ko kena belajar mcmn mnjd pemandu amatur mcm ak…..(ops tp ,masuk line touch n go dkt tol) ahahhaha
chot : ko pemandu pro. lagi2 tang termasuk lane tac n go pastu salah masuk jalan g KL pastu siap reverse lagi. gile pro…salute salute ;P
azzuri : memang perasan bagus. ke aku yang salah. x ikut peraturan. kena tampal P kot lagi. biar lambat asal selamat. masalahnya aku selalu las minit jadi tetap la lambat walau jalan cepat2. heheh
klu ak wt je bntg tu cm pekan bpk ak sendri… hehe…
menah : ko laen. ko ngan bapak ko terer. jangankan banting, satu selangor ni dah macam pekan bapak ko. heheee
muhasabahlah diri anda … mungkin ada silap di mana-mana…
amy mastura komen kat blog i. suke suke. baiklah amy, pasti ada silap di mana-mana jadi Tuhan bayar cash padaku.
Pingback: Celebrating Failure | sil:entnur