Discovery of The Day

Tidur lewat dengan saya bagaikan langit dengan bumi. Berukben ni pulak lembap-lembap siput. Tapi demi mengenangkan sumbangannye terhadap pengurangan perlunye bayar cukai taksiran di tahun ni, i still love u lah berukben. Demi mengenangkan masa depan anak cucu (insyaAllah), saya rela korbankan masa tidur dan mengkhianati moto hidup sendiri zaman sekolah dulu ‘biar tak study, jangan tak tidur malam’.

 

Beberapa penemuan menarik hari ini. Perlu dicatat malam ni juga sebab bila esok datang, gerenti apa yang ada semalam tinggal kenangan yang tak terkenang.

 

Satu, saya mendapat tahu datang kerja lewat ada hikmahnya. Takdak lori yang suka block jalan mahupun pakcik bersiar-siar di pagi hari. Excuse me, lewat tu merujuk pada azam tahun baru saya. WP3. Baru 1 hari dengan jayanya harap-harap esok lusa tulat tubing selama-lamanya pun begini juga (insyaAllah).

 

Dua, saya mendapat tahu walau betapa teruknya batuk / sakit tekak, kalau makan tengahari memang tetap order nasi goreng kampung bukan sup bukan air kosong. Harus ada pedas sikit, nama pun Jawa tak berapa nak asli. Ekeke

 

Tiga, saya masih susah mau fokus. Atau barangkali terlalu fokus sampai tak fokus? O pening. Petang tadi sekitar 5.30pm ++….

Bos : Panas ya takdak aircond…

Saya : A ah. Pukul 5.30 je memang aircond takdak

Bos : Oh ye ke 5.30 takdak aircond…

Saya : Tu la, saya pun baru perasan semalam, eh kelmarin.

(lepas dah cakap baru terperasan, semalam ka, kelmarin ka, cuti umum kot………sebenarnya nak cakap ‘minggu lepas’ tapi kenapa ntah termuntah perkataan lain.)

Sambil tu saya perhati bos. Rasanya beliau tak perasan. Lalu saya pun ketuk-ketuk sikit kepala sendiri kasi adjust balik neuron-neuron yang tak berapa nak well-connected. Adakah patut?

 

Empat, saya dah lama tau bapak saya memang suka dibodek. Umpamanya, ‘bapak, kawan-kawan makan la kuih / biskut / pisang / kismis yang bapak bekalkan tu’ (ayat bajet budak sekolah tadika). Lalu esok lusa dan selama-lamanya beliau membekalkan lagi bekalan-bekalan ringan ke tempat kerja.

 

Tadi, saya bodek beliau ‘bapak, kawan cakap kereta saya berkilat-kilatlah harini’ (almaklumlah beliau yang tolong basuh sentalkan Itam yang dah kelabu tu). Lalu saya berharap esok lusa dan selama-lamanya Itam akan ada insan yang rajin mandikannya. Err bukan ape, lelaki lagi terer jaga kereta compare to pompuan. Kot? Dasar anak tak sedar diri. Jangan bangun lewat sudah esok. Assalamualaikum!

p/s : Ya Allah, ku mohon Kau berikanlah hambaMu ini ilmu yang baik untuk diamalkan dan dikongsi untuk dunia, dan akhirat yang paling utama. Amiiiin

Bismillah. Dengan nama Allah saya mulakan entri pertama sesi Disember 2011.  Baru balik kursus ‘Back to School‘  ni tangan gatal lak tibe2 . Sebab kesian kat generasi masa depan tak dak benda yg boleh diceritakan jadi saya pun taiplah dengan sepenuh hati, bak kata blog Kak Jas, ‘Kisah klasik untuk masa depan’. Sedap tu jadikan tagline. Saya tak plagiat tau kak jas, saya quote jer ;) .

Baiklah, dalam cerita ni moleklah hamba namakan watak utama sebagai Siti Nurhaliza. Haha padahal watak sebenar tu yours truly.

Latarbelakang cerita : Dalam sebuah kursus yang seronok. Sekitar 4 – 5 bulan lepas. Tengok, betapa lamanya cerita ni nak dikisahkan dalam diari.

Dua kisah dalam satu kursus yang sama cuma waktu berbeza.

Satu. Suatu pagi, Siti Nurhaliza kena buat pembentangan untuk kerja kumpulan. Pasal misi la visi la etc. Jadi sebagai seorang manusia yang tak berapa mau tekun dan tak berapa nak hadam misi visi segala bagai tu, pasrah saja kena bentang. Dah nama pun Siti Nurhaliza, mungkin lebih molek andai disuruh menyanyi, bukan bentang. Duhhh.

Awal2 kelihatan begitu cool. Almaklumlah, baru mukadimah. Dahlah wakil wanita pertama tu bentang. Siap dapat tepukan gemuruh lagi. Terus jadi gemuruh lepastu bila dah masuk isi kandungan terus bla bla bla bercakap tanpa arah tujuan sampai diri sendiri pun konfius apa yang tengah dibentangkan. Sampai satu tahap, penceramah yang hebat tu tiba2 cakap ;

“Siti Nurhaliza, saya ni, ibaratnya, dah naik bas, dah bayar tambang, dah duduk selesa tunggu nak sampai destinasi. Tapi, rasanya dari tadi tak sampai-sampai. Rasanya audience pun sama juga” sambil senyum.

Gulp. Telan air liur. Dalam hati, bukan encik je yang tak sampai2, saya pun. Tapi, menjadi seorang yang bermuka tebal, Siti Nurhaliza pun serahkan tugas seterusnya pada member sekumpulan. Dan buat selamba, sampai habis pembentangan.

Dua. Suatu petang Jumaat nan indah. Masih belum fokus bila penceramah tu mengajar waktu petang. Bila beliau ajukan soalan;

“Kelas, antara choice dan chance, yang mana patut kamu pilih ?” (lebih kurang gitula ayat, dan skema jawapan adalah……..’choice’.

Satu kelas jawab ‘choice’, kecuali Siti Nurhaliza yang tiba2 terkeluar ‘chance’ dengan semangatnya. Kuat pulak. Adehhh. Padahal nak sebut ‘choice’ tapi mulut ‘ter’sebut ‘chance’. Satu kelas senyap. Sunyi. Berdoa takde siapa perasan dialah manusia yang tersalah sebut tu, ternyata doanya tak dimakbulkan. Sebab tiba2 penceramah pusing dari whiteboard lalu cakap “Siti Nurhaliza, you’re not in class”. Adeh, malu lagi. Sengih lalu jawab, saya tersalah sebut. Jawapan serba yakin.

Cerita ni, cuma sekadar berkongsi pengalaman hidup untuk pengajaran di masa depan. Manusia takkan lari dari tersilap, tersalah mahupun tersasul. Yang membezakan, sejauh mana kita usaha untuk berubah dan perbaiki diri. Tidaklah Siti Nurhaliza bukan nama sebenar itu lebih baik dari sesiapa pun. Moral, sentiasa fokus dan jangan gelabah tau. Dan, jangan silap cakap.

Nostalgic November

November sikit lagi nak melabuhkan tirai. 2011 pun sama. Pejam celik nak masuk 2012 dah. Tahun depan dah masuk 28 usia. Sikit lagi nak masuk 3 series. Tapi kan, sekarang masih lagi mood tahun baru. 1433H. Banyaknya resolusi dalam kepala yang mau dilaksanakan. Apapun, November memang satu bulan yang serius untuk dikenang. Ala-ala nostalgia pulak sebab menghabiskan masa 12/11/2011 kat Melaka. Kat bumi Kesang Pajak. Dan sungguh sedih menghabiskan hari lahir dengan mensetelkan urusan tugasan yang tiba-tiba datang. Kata nostalgik.

Dan di malam selepas hari lahir mendapat panggilan telepon yang bagitau kat rumah Banting ada seorang insan mulia buat surprise dengan belikan satay dan kek. Manakala anakanda yang kurang pengajaran ni masih bersantai kat Melaka menonton Anugerah Industri Muzik kat ASTRO. Huhu. Soalan, siapakah insan mulia tersebut? Saya sudah bagitau insan mulia tersebut mahu duduk Melaka pada hujung minggu menjenguk Khairina dan mamanya T_T. Maafkanlah anakanda yang kurang berintegriti ini. Eh tiba-tiba. Mungkin saya kelihatan seperti anakanda tak mengenang budi. Ampun. Balik Banting nanti denda la apa saja.

Mama Khairina, timekasih atas soto yang sedappppppppp tu. Seribu kali makan tetap rasa sedap hehee. Mama Aleesya & Amani, timekasih atas lawatan. Saya masih kekok nak pegang baby Amani huhuuu. Kena praktis lagi gigih ni.

Sebelum ni, bila hampir tiba hari lahir, mesti terasa poyo bercerita itu ini. Kali ni, mungkin dah matang jadi dah nak ujung November baru nak cerita. Sekian, terima kasih.

p/s : rujuk lah kajian Dr. Fadzilah Kamsah pasal bulan kelahiran tu. Dengan penuh perasan, saya umumkan rasanya 83% ciri-ciri November ada pada saya ;) ;) ;)

Mengukur Jalan

dari Putrajaya – Seri Kembangan – Ampang – UIA Gombak – Petaling Jaya – Klang – Banting.

161 km. Jumlah jalan yang berjaya aku ehh silap Itam ukur. Ternyata berbaloi-baloi sampai terlajak kata boleh diundur, terlajak servis melayang RM.

Petang – Malam Khamis

Sampai Ampang, dengan Fadh & Kak Tikah & Kak Liza. Melawat2 beberapa tempat.

Tidur UIA & habiskan masa macam zaman dulu2 tengok filem kat laptop. Abandoned tajuk citer, sampai aku berjaya abandon citer tu dan tidur. Seperti kebiasaan.

Khamis

Datang rumah Janna kat PJ. Keluar sama If sekali makan tengahari kat Restoran Jaring. Jatuh simpati kat pakcik jual buah lalu beli buah dengan kuantiti sangat banyak sebelum tau citer sebenar.*****HUhuuuuuuuuuuu

Petang balik singgah JJ Bukit Tinggi. OHHH ade J Card Day rupenye. Pening sungguh ramai sangat orang, memang tak beli apela. Ukur luas JJ pakai kaki je la.

Jumaat

Dating dengan Hamnah servis kereta & jalan2 cuci mata. Macam zaman dulu kala. Seronoknya bermuhasabah diri hihi.

Sabtu

Dating dengan Azzuri gi kenduri kawen Liyana. Dan pusing2 pekan Banting di waktu hujan lebat.

Ahad

Dengan Azzuri & Khana gi kenduri kawen kawan diorang. Pantang orang lapar diajak. Walau agak musykil awal tu bolehke datang kenduri orang tak jemput? Err, anggap temankan orangla.

Aku ni dahla jarang bukak fb / emel, sekali cek emel, ada tugas yang harus dilaksanakan.Nampaknya esok harus kerja. Tengah pikir cara kerja ‘smart and steady’ ni. HAHA. Bawak dalam mimpi dulu. Esok kita selesaikan. Layan bola dulu. Ke bola yang layan aku nanti.

Sahabat2 semuaaa, time kasih atas hadiah dari korang. Tak kiralah dalam bentuk hadiah betul / masa / tenaga / semua gelak ketawa / perkongsian cerita juga. Sedih sebenarnya. Perkataan stress macam dihantar bertalu2 ke otak. Sedih bila teringat semua makin berubah dan masa lalu tak mungkin berulang. Sorang2 kawen, dan tanggungjawab dah ke arah lain. Takdelah jalan-jalan cari makan etc lagi kan pasni? Time kasih pada puan2 yang sudi temankan saya sebab suami masing2 takde atas hal kerja. Yang cik2 dan bakal2 puan tu pun, seronok dapat mengenang masa lampau. Masa depan untuk dihargai, masa lalu kan untuk dikenang. Salam Maal Hijrah semua! sob sob sedih pulak.

Suatu Ketika

Umum tau, aku memang senang ikut orang. Senang cerita, aku suka temankan orang g mana-mana pun. Suatu pagi yang hening, aku separuh rela temankan bapak g Klinik Kesihatan Bukit Changgang. Bapak kena buat regular check-up dia. Cek darah, cek kesihatan. Orang situ mesti tau betapa penuhnya klinik tu. Kenapa separuh rela?

1. aku sedih tengok orang-orang sakit

2. aku tau memang kena tunggu sampai tengahari walaupun datang pagi

3. siapa suka datang klinik?

Memanglah. Datang pagi-pagi jam 12 lebih baru keluar. Lama tunggu je. Sabarlah hati. Kata suka teman orang. Balik dari situ bapak ajak pergi pekan Banting pulak. Your wish is my command. Asalkan bukan saya yang drive. Hehehe. Apa punya anak kan? Camni mengaku mithali? Memang tak lah. Teman pergi sana-sini. Pastu temankan makan kat Bazaar Banting. Boleh je, asalkan bukan saya yang belanja. Hehehe. Memang belum capai tahap mithali lagi. Yela, siapa ajak, dialah belanja.

Sebab bapak belanja, aku pun ambik 1 mangkuk masak lemak siput sedut. Banyak kolestrol tapi, orang belanja kan.

Tengah makan, keluar dialog ni;

Bapak : Dulu, wak *** selalu datang dating kat sini. Dengan orang kedai ****(sambil tunjuk ke satu kedai dekat situ)

Aku : Oh ye ke, bukan dia duda ke?

Bapak : Tula, tapi sekarang dah takde lagi. Tula, kalau bercinta, semua nampak cantik. Padahal bila jumpa ada syaitan kat tengah-tengah. Kang jadi yang bukan-bukan. Dah takde pape la tu.

Aku : sebab tak tau mau komen apa, aku pon pura-pura khusyuk memamah siput sedut yang lazat tu.

Lepas kenyang alhamdulillah, aku pun tunggu bapak bayar. Yang agak memusykilkan kepala otak aku ni, apsal bapak aku tau banyak sangat apdet pasal orang-orang kampung aku ni? Kaki gosipkah beliau sebenarnya? Atau aku yang ketinggalan zaman? Entah.

 

Celebrating Failure

Tajuk berlagak. MACAM ORANG PUTIH. Semalam berangan nak dapatkan buku ni, harini dah dapatkan pengalaman hidup celebrating failure meraikan kegagalan. Sedih kisahnya. Sediakan tisu siap2 biar boleh cover kalo rasa mau nangis di hujung cerita.

Dalam pukul 11 pagi tadi saya keluar ofis (halal okeyyy, mintak kebenaran keluar) sebab mau matikan setem kat pejabat LHDN. Sebab PTPTN Ujrah la ni. Dah sebesar alam kat Putrajaya ni takde, terpaksalah ke LHDN Kajang. Sejarah hidup dulu membuktikan KAJANG tempat yang membawa mimpi ngeri. Rujuk sini dan sini. Dan satu2nya kenangan indah hanya semasa makan sate Kajang. Oh dan makan hotel yang agak sedap tu.

Beli setem hasil kat Anjung, pusing2 tak jumpa parking. Akhirnya sukahati letak kereta tepi simpang jalan besar. Bahaya, tapi doa n tawakkal kan senjata orang mukmin. Heheeee. 11.30 lebih baru keluar dari Putrajaya ke LHDN Kajang yang tak tau kat celah mana. Di saat tu baru menginsafi diri tak rujuk kat map Lebai Google. Dan tak berapa nak ingat pelan yang diberi. Cuma ingat Balai Polis Kajang je landmark dia.  

Saya macam biasa lah, pakai 3 gandingan – signboard, tawakkal, naluri. Terlajak sana-sini. 12.10, tak jumpa gak. Telefon Kak Asykin. Banyak cubaan ala2 pemandu pro dah saya buat. U-turn sesuka hati. 12.30, baru jumpa bangunan tu. Laaaaaaaaa, kat situ rupanya. Hentian Kajang yang saya tak pernah tau nama. 2 3 kali pergi pon tak tau jalan.

Resam padi berisi tunduk. Resam pejabat kerajaan 12.15tghari – 2.45 ptg tutup. Alang2 menyeluk pekasam, tunggu sampai 2.45 la kau. Sedih tau. Lewat 15 minit je….Jadi untuk meraikan kegagalan matikan setem tengahari tu, saya pon merancang jadual tengahari tu.

12.30 – 1.30 : Lepak kedai mamak. Order milo ais + roti telur + roti sardin (RM7.00. Diskaun RM0.70). Celebrating failure. Nampak macam ini wanita kesepian putus cinta lalu berduka lara dengan makan banyak di kedai mamak. Tu kot pandangan orang. Tapi saya tak peduli. Saya makan bayar okeh. Yela, sekejap2 mamak tu datang tanya saya nak kari ayam ke, kari daging ke, sekejap itula, inila. Saya bukan kesepia, saya kebosanan!

1.30 – 2.15 : Suraula mana lagi. Qailulah hehehehee.

2.15 – 2.45 : Pusing2 sampai kepala pusing.

2.45 : LHDN here I come. Lepas mati setem, pos. Balikkkkkkkkkkkkk.

Sedih kan cerita saya celebrating failure. Lambat 15 minit je. Dan ia mengubah macam2.

p/s : patut ke tambah GPS dalam wishlist? penting ke?

Mengidam

Di satu petang Khamis yang saaaaangat mengantuk ni terasa mengidam benda-benda ni :

1) Buku Celebrating Failure, penulis Ralph Heath.

2) Buku The 360o Leader, penulis John C. Maxwell.

3) Kek iniiii. Yogurt Cheese Secret Recipe. Nak beli sepotonglah pastu makan penuh perasaan.

sumber : Lebai Google

 

Nombor 1 dengan 2 tu sebab tadi baru balik bengkel jadi terbersemangat nak cari dua buku tu. Sekarang ni kerajinan cuma di tahap membaca blog artis saja, agak memalukan. Jadi harus berubah.

Nombor 3 tu memang mengimbau kenangan lalu. Dengan teman-teman. Ingat lagi Ecah belanja kitorang ramai-ramai waktu reunion tipu-tipu dulu tu.

Ngantuklah. Nak Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.

p/s : ni semua baru masuk dalam wishlist. makin lama makin banyak senarai dia yang tak pernah berkurang. *sigh*

ironi

Saya ada tabiat ni. Bila berselisih kereta kat jalan sempit (contoh, Jalan Sentosa-jalan nak masuk rumah saya tu la) saya suka berhenti tepi pastu bagi orang lalu dan berharap orang yang saya bagi laluan tu angkat tangan. Rasa macam ada hubungan harmoni sesama insan gitu. Bila orang lain bagi jalan kat saya, saya memang poyo dan beria nak angkat tangan. Tanda terima kasih daun keladi kalau ada bagila jalan lagi. Tapi taklah sampai poyo angkat tangan kalau jarak sebatu tu haaa.

Dan memang cukup pantang (walaupun belum pernah mengandung dah siap ada pantang bagai) bila orang yang saya bagi laluan tu tak bagi tangan pun. Buat dek je. Takde rasa terima kasih langsung. Tangan tu Tuhan bagi bukan untuk letak kat stereng doploh pat jam. Angkat tangan pon boleh tunjuk terima kasih, fyi. Bencilah. Memang saya akan kutuk orang gitu sebab tak puas hati.

Ironinya, minggu lepas waktu lalu jalan sempit tu otak saya ni tengah gigih fikir pasal apa ntah (cop, bukan berangan okehhh) saya pulak buat benda yang saya pantang tu. Ada satu kereta tu bagi jalan kat saya tapi saya, jangankan angkat tangan, pandang apatah lagi. Tak perasan. Bila dah lepas, baru tersedar. Takkan nak patah balik pastu angkat tangan kan?

Yang manakah paling tepat dengan saya;

a) baling batu sembunyi tangan

b) mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih

c) nasi tak retak pinggan tak dingin, engkau tak hendak aku tak ingin

d) sayangkan anak tangan-tangankan

Bulatkan jawapan yang betul mengikut citarasa sendiri.

Err, mungkin b) jawapan paling cocok. Moralnya, janganlah berlebih-lebih membenci sesuatu sebab suatu masa nanti mungkin ia akan tuding kat diri sendiri. Encik yang bagi saya jalan, semoga dirahmati Allah selalu. Encik yang tak angkat tangan bila saya bagi jalan, pasni saya akan fikir positif – anda juga kuat berfikir macam saya sampai tak perasan ada orang lain baik hati dah bagi laluan. Heheeee

Selamat hari Jumaat untuk entri yang dah lewat

Hai lama sudah tak berblog. Kesian kat otak sebab semakin lama semakin berkarat. Memang sia2lah sewaktu kecik2 dulu meletakkan hobi suka membaca dan menulis. Ternyata palsu belaka. Sebenarnya, saya suka hari Jumaat yang redup dan sejuk ini. Ehh amende statement bunyi macam budak sekolah rendah bercerita pasal cuaca nian indah. Okeh, mula balik. Saya suka hari Jumaat. Haa, kan lagi pendek dan straight to the heart point. Walaupun hari ni Jumaat tapi isi cerita berkisar pasal Sabtu dan Ahad lepas. Biasalah backdated. Asalkan bukan back to the future sudah.

 

 

 

 

 

Pagi Sabtu

Kami (saya dan bapak-terserlah status anak mithali kononnye di situ) ke Mydin Putrajaya. Kononnya nak menunjuk kat bapak betapa murahnya harga barang2 Mydin. Walau berangan nak pergi awal pagi tapi terlajak keluar lewat so Mydin memang penuh dah. Yang tak syoknya, harga dia taklah semurah gila yang saya gebang kat bapak. Sebab tulah sampai balik Mydin sepanjang jalan kena bebel betapa mahalnya kicap kat Mydin berbanding pasaraya2 lain kat Banting kesukaan bapak. Percayalah, kicap pun boleh jadi topik hangat sepanjang jalan. Oh, diselang-selikan teguran cara saya memandu. Boleh pulak.

 

 

Petang Sabtu

Sudah hujan ditimpa bantal pulak. Hajat di hati nak tengok Sivaji the Boss tapi hujan. Tak clear. Rumah kayu, pohon2 merendang tepian rumah. Nyaman. Apalagi, paham sendirilah. Orang mengantuk disorongkan bantal, memang zzzzzzzzz lah. Anak dara siapa ni.

 

 

Pagi Ahad

Anak dara bapak sayalah sebab tu rajin di pagi Ahad buat kerja rumah. Dan agaknyela kan, sebab rumah saya dekat tak dekat jugaklah dengan KLIA maka adalah sorang mat saleh nama Mr. Nando datang rumah saya dan jual chain saw kat bapak saya yang tengah melepak dengan kawan2 dia. Katenye nak balik Jerman dah nak jual kira cincai je barang dia tu. So bapak saya beli 3 bijik RM1500. Err murah ke?Takpelah lama nak beli dah kata bapak. Dalam hati saya, banyaaaaaaaaknye beli nak watpe. Pastu siap ada warranty bagai lagi. Ntahlah tak paham saya. Asalkan mereka bahagia sudah.

 

 

Tengahari sampai petang Ahad

Pergi rumah Azzuri setelkan hal yang tak setel, dia bagi jambu madu kat saya. Tengkiu.. Tapi petang tu kat rumah, baru saya perasan apsal jambu tinggal sikit padahal takde tanda orang makan pon. Setelah disoal-siasat, bapak pon cakap camni ‘Oh tadi ambik 4 bijik, 1 bagi arnab, 1 bagi kambing besar, 1 bagi kambing betina, 1 buah yang ada semut tu bagi kambing kecik a.k.a anak kambing’ Ohhhh apakah motip bagi anak kambing jambu yang ada semut? Nak uji daya tahan kot. Sabar jela.

Begitulah hujung minggu saya, seorang anak konon mithali. Haha gurau je. Manusia biasa je ni, tak sempurna pon.

Tersedar

p/s : Entri ini telah selamat ditaip tengahari tadi dan hilang macamtu je. Problemo. Jadi harus ditaip semula dengan kadar ingatan yang semakin berkurangan.

floria 2011. xde kena mengena dengan tajuk entri

Tanpa sedar, ramai antara kita yang terjaga tapi sebenarnya tidur dalam sedar. Ayat tu sebenarnya merujuk pada tuan empunya blog yang semakin hari semakin lalai, tak tahu apa yang dikejar. Betullah pakcik kata, apa pun jangan dikejar nanti dia lari, jadi berjalanlah seiring bersama-sama menuju bahagia. Ecehh.

Petang Jumaat ni eloklah bermuhasabah diri sendiri menyuburkan jiwa yang kadang-kadang kekeringan dengan siraman taqwa dan iman. Sibuk mengejar dunia sampai tertinggal akhirat. Padahal tak ke mana. Azam memang bertambun tapi setakat angan-angan di angin lalu. Betullah orang selalu cakap (okehh tukar bahasa jap); Life’s a journey not a destination. Tapi saya mau tambah, kita ada destinasi di alam seterusnya dan apa yang kita lakukan sepanjang perjalanan tu la yang akan tentukan destinasi kita. Insaf sekejap T__’.

Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara,

Sihat sebelum sakit,

Muda sebelum tua,

Kaya sebelum miskin.

Lapang sebelum sakit,

Hidup, sebelum mati.

———————————–> lagu Raihan tapi lirik ni tunggang-langgang sikit, tak hafal.

Sebut pasal azam, banyak dah wishlist, tulis banyak-banyak pun tak guna sebab azam tu dah disemai ditanam tapi tak dibaja dengan usaha. Jadi, langkah pertama dah berjaya dilakukan tengahari tadi dengan _ _ _ _ _ _ _ _dot dot dot. Hehheeeee setelah sekian lama berjaya akhirnya. Boleh strike satu item dalam wishlist dan tick dengan tanda right kat belah tepi item tu. Seronok. Ala-ala cikgu tanda latihan budak. Tapi kegembiraan ni datang 1 pakej dengan kebahayaan, kalau tak dikawal. huhuuuuuu.

Jumaat yang indah lagi barakah, walaupun hadirmu hari ini bersekali dengan suka, duka, tawa, tangis, gembira, pasti ada hikmah tersembunyi di sebalik macam-macam yang terjadi harini. Duka dan kesedihan boleh jadi satu kebahagiaan sebenarnya, sebab bahagia datang dari dalam diri. Apa pun yang terjadi, Allah knows best!